Rabu, 25 Mac 2009

tanda kasih buat ibu

Tanda Kasih Buat Ibu
KASIH ibu membawa ke syurga, itulah ungkapan yang sering kita dengar berkaitan dengan kasihnya ibu. Ungkapan itu memang ada kebenarannya.Siapalah kita tanpa ibu yang melahirkan, tempat menumpang kasih selama sembilan bulan di dalam kandungan, mendodoi dan memelihara dengan penuh kasih sayang sehingga dewasa.Bahkan, dalam semua agama meletakkan ibu sebagai insan mulia yang harus disanjungi. Dalam Islam sendiri sendiri, ibu diletakkan pada satu tahap paling tinggi sehingga Rasulullah SAW menyebut ibu sebanyak tiga kali sewaktu sahabat bertanya siapakah insan yang perlu ditaati selepas baginda.Begitu besar sanjungan terhadap ibu sehingga tarikh 10 Mei setiap tahun telah dipilih untuk sambutan Hari Ibu menghargai jasa-jasa insan istimewa ini.Sambutan Hari Ibu dikatakan bermula sekitar 150 tahun lalu di Amerika Syarikat.Walaupun bagi masyarakat Malaysia, Hari Ibu hanya disambut sejak beberapa tahun kebelakangan ini, setidak-tidaknya ia boleh dijadikan titik mula untuk meluahkan rasa kasih sayang terhadapnyaLazimnya, pada hari ini akan dimeriahkan dengan majlis-majlis di mana anak-anak menghargai jasa ibu dengan memberi kejutan seperti pemberian hadiah dan ungkapan-ungkapan yang begitu meruntuh jiwa.Ini kerana membahagiakan hati seorang ibu adalah tuntutan terpuji. Walaupun seorang ibu tidak pernah mengharapkan balasan, namun apa salahnya mengejutkannya dengan hadiah yang tidak boleh dilupakan pada hari tersebut.Hari Ibu kalau dilihat daripada skop yang lebih luas sebenarnya lebih sekadar peranan anak menunjukkan kasih sayang terhadap ibunya.Hari Ibu sebenarnya menjadi wadah kepada pelbagai pihak untuk melahirkan generasi yang lebih baik, anak-anak yang bertanggungjawab dan memupuk kasih sayang dalam keluarga.Sehubungan itu, Utusan Malaysia melalui sisipan MEGA dalam ruangan MODE akan menganjurkan satu peraduan yang diberi nama Tanda Kasih Buat Ibu yang bermula 16 Mac ini.Peraduan yang terbuka kepada semua warga Malaysia kecuali staf Utusan Melayu (M) Bhd., anak syarikat dan penaja, memerlukan peserta mengarang ucapan kasih paling indah buat ibu tersayang, tidak lebih daripada 15 patah perkataan.Objektif diadakan peraduan ini sebagai penghargaan kepada pembaca setia Utusan Malaysia, menghargai jasa ibu-ibu di seluruh Malaysia dan menyambut Hari Ibu bersama semua penduduk Malaysia dan pembaca Utusan Malaysia khasnya.Hadiah-hadiah berupa barang kemas, pakej pelancongan, produk kecantikan dan hamper pasti menggembirakan hati ibu di samping menerima ucapan yang paling manis dalam hidupnya yang telah dihadiahkan oleh anak-anaknya.Namun, bukan sahaja untuk si ibu tetapi penulis ucapannya sekali. Ini bermakna, pemenang hadiah utama, kedua dan ketiga layak menerima bukan satu tetapi dua sempena peraduan ini. Satu untuk penulis ucapan dan satu untuk dan ibu atau orang tersayang.Dua hadiah utama akan menerima hadiah berupa barang kemas TOMEI bernilai RM7,000 setiap satu, pakej pelancongan untuk dua orang ke Kota Kinabalu, Sabah, produk Clinique bernilai RM2,000 dan hamper Daisy.Pakej pelancongan termasuk tiket penerbangan, penginapan dan makan minum untuk tiga hari dua malam.Dua hadiah kedua berupa barang kemas TOMEI bernilai RM4,000 setiap satu, pakej pelancongan untuk dua orang ke Kuching, Sarawak, produk Clinique bernilai RM1,500 dan hamper Daisy.Dua hadiah ketiga berupa barang kemas TOMEI bernilai RM2,000 setiap satu, pakej pelancongan untuk dua orang ke Langkawi, Kedah, produk Clinique bernilai RM1,000 dan hamper produk Daisy.Selain itu, sebanyak 15 hadiah sagu hati berupa baucar barang kemas dan produk Clinique bernilai RM100 setiap satu dan hamper Daisy.Sementara itu, empat penaja utama telah sudi menaja Tanda Kasih Buat Ibu. Penaja-penaja itu ialah TOMEI, Poto Travel & Tours, Clinique dan Daisy yang akan berlangsung sehingga 15 Mei 2009.Peserta perlu menghantar ucapan dan sekurang-kurangnya 20 kepala akhbar terkini (masthead) Utusan dengan menggunakan borang asal yang boleh didapati dalam ruangan MEGA.

Sebarang pertanyaan, hubungi 03-89243839/3873, Dino atau Zura.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan