Isnin, 23 Mac 2009

pantun merdeka lagi

Jalur Gemilang bendera negara,
menjadi kebanggaan setiap warga,
kibarkan sentiasa bendera negara,
menjadi tanggungjawab setiap warga.

Sudah berdasawarsa kita merdeka,
tekad berusaha memperkasa negara,
jangan sekali bersikap leka,
semangat perjuangan pastikan membara,

Jalur Gemilang bendera kita,
megah berkibar di angkasa raya,
eratkan muhibbah sesama kita,
supaya kita beroleh jaya.

Rukunegara jadikan pedoman warga,
jangan sekadar cuma sebutan,
setiap prinsip amanat berharga,
terjemahkannya supaya menjadi amalan.

Hidup bersama penuh harmoni,
adat budaya saling dihormati,
anugerah berharga Maha Pencipta,
menjadi amanah tanggungjawap kita.

Hayatilah amalan berbudi pekerti,
dalam kehidupan seharian kita,
tekun berusaha kejayaannya pasti,
itulah amanat pemimpin kita.

Malaysia Boleh itulah semangat,
sudahpun diperakui seisi jagat,
menjadi pendorong membakar semangat,
menjadi terbilang di pentas jaagat.

1 ulasan: