Jumaat, 20 Mac 2009

soalan kuiz minggu 6???

I'm not sure if these are the questions for week 6.

Soalan Kuiz

1.Pontian adalah salah sebuah daerah di negeri Johor. Nama Pontian dikatakan berasal daripada perkataan 'Perhentian' yang merujuk kepada:
A.Tempat pertukaran barang-barang dagangan dari Acheh
B.Tempat berhenti para pedagang yang hendak ke Jawa
C.Tempat berteduh di Sungai Pontian Besar bagi para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka
D.Tempat pertemuan para pelayar dari China ke Acheh

2.Antara tarian yang sering dipersembahkan di negeri Johor ialah tarian Sola, Selendang, Pak Tani, Pucuk Rebung, Perjuangan dan Mempertahankan Diri. Lenggang-lenggok di dalam tarian ini dinamakan:
A.Lenggang Patah
B.Lenggang Sari
C.Lenggang Tari
D.Lenggang Kiprah

3.Alat-alat seperti Harmonium, Tabela, Gambus, Gitar, Tamborin, Marakas dan Violin digunakan untuk muzik tradisional yang dikenali sebagai:
A.Dondang Sayang
B.Ghazal
C.Zapin
D.Joget

4.Penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009 yang akan berlangsung dari 18 April 2009 hingga 27 April 2009 menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung. Antara aktiviti tersebut adalah seperti berikut KECUALI:
A.MSAM Walk 2009
B.Pertandingan Mencipta Logo MSAM
C.Pertandingan Mewarna Bersama ALONG Bijak
D.Program Bersama Ikon Inspirasi

5.Penganjuran MSAM menyaksikan pelbagai aktiviti berkonsepkan pendidikan yang diadakan setiap hari sepanjang berlangsungnya MSAM. Antara aktiviti tersebut ialah e-Peraduan yang dilaksanakan secara berkomputer dan terbahagi kepada dua kategori iaitu:
A.e-Peraduan I dan e-Peraduan II
B.e-Peraduan Harian dan e-Peraduan Utama
C.e-Peraduan Bertuah dan e-Peraduan Khas
D.e-Peraduan PNB dan e-Peraduan ASNB

6.Berapakah jumlah kelayakan minimum dan maksimum pelaburan yang boleh dilaburkan ke dalam unit amanah melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP?
A.Minimum RM 100 dan maksimum tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi simpanan asas di dalam Akaun 1,KWSP
B.Minimum RM 1000 dan maksimum tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi simpanan asas di dalam Akaun 1,KWSP
C.Minimum RM 1000 dan maksimum tidak melebihi 25% daripada jumlah simpanan yang melebihi simpanan asas di dalam Akaun 1,KWSP
D.Minimum RM 100 dan maksimum tidak melebihi 25% daripada jumlah simpanan yang melebihi simpanan asas di dalam Akaun 1,KWSP

7.Bagaimanakah nilai aset bersih (NAB) ditentukan bagi unit amanah ASNB yang harga berubah-ubah?
A.Berdasarkan harga silam (Historical Pricing) dan ditentukan pada setiap penghujung hari perniagaan
B.Berdasarkan harga silam (Historical Pricing) dan ditentukan pada setiap permulaan hari perniagaan
C.Berdasarkan harga hadapan (Forward Pricing) dan ditentukan pada setiap penghujung hari perniagaan
D.Berdasarkan harga hadapan (Forward Pricing) dan ditentukan pada permulaan hari perniagaan

8.Prinsip asas pelaburan adalah keseimbangan antara risiko dan pulangan, apakah hubungan antara keduanya?
A.Lebih tinggi pulangan daripada sesuatu pelaburan, lebih tinggi risikonya
B.Lebih tinggi pulangan daripada sesuatu pelaburan, lebih rendah risikonya
C.Lebih rendah pulangan daripada sesuatu pelaburan, lebih tinggi risikonya
D.Lebih rendah pulangan daripada sesuatu pelaburan, lebih sederhana risikonya

9.Golongan minoriti warganegara Malaysia ini telah diberi kebenaran khas oleh Perdana Menteri untuk membuat pelaburan dalam Skim ASB, iaitu:
A.India
B.Orang Asli
C.Siam
D.Cina

10.Rajesh melabur dalam unit amanah AKY semenjak tahun 2004. Sepanjang tempoh pelaburannya, beliau telah menerima pengagihan pendapatan dan juga membuat pengeluaran unit. Berikut adalah transaksi dan kedudukan pelaburannya. 21 September 2004Jumlah kos Pelaburan Terkumpul (RM) 55,000 Kos Purata Seunit (RM)0.6320Jumlah Pelaburan Terkumpul (unit)87,02531 Disember 2004Pengagihan Pendapatan (unit) 2,5001 Januari 2005Pelaburan Terkumpul (unit)89,52511 April 2005Jualan Balik Pelaburan (RM)(10,000)Kos Jualan seunit (RM)0.7347Jualan Balik Pelaburan (unit)13,611Berapakah kos purata seunit (RM) pada 1 Januari 2005 setelah mengambil kira pengagihan pendapatan yang diterima?
A.0.6144
B.1.6277
C.0.7245
D.0.5927

Tiada ulasan:

Catat Ulasan