Khamis, 19 Mac 2009

Kuiz 4 MSAM

Soalan Kuiz

Jalur Gemilang yang direka bentuk pada tahun 1949 dan diguna pakai sekarang ini adalah ilham daripada salah seorang individu yang merupakan arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor. Individu tersebut ialah:
A.Encik Sulaiman bin Ibrahim
B.Encik Mohamed bin Hamzah
C.Encik Hashim bin Idris
D.Encik Nazri bin Mohamad

Pembukaan negeri Johor bermula apabila Melaka telah ditawan oleh Portugis pada awal kurun ke-16. Siapakah pewaris terakhir takhta Kerajaan Melaka yang telah melarikan diri dan telah membuka Kerajaan Negeri Johor pada waktu itu?
A.Sultan Muzaffar Syah
B.Sultan Mahmud Syah
C.Sultan Abu Bakar
D.Sultan Iskandar Syah

Tarian zapin adalah tarian tradisional dan merupakan antara satu bentuk tarian pergaulan masyarakat Melayu Johor yang masih utuh dan popular sehingga kini. Namakan dua jenis zapin yang terkenal di Johor:
A.Zapin Pedagang dan Zapin Melayu
B.Zapin Arab dan Zapin Sumatera
C.Zapin Melayu dan Zapin Arab
D.Zapin Bugis dan Zapin Riau

Sebagai peneraju industri pelaburan, PNB komited menganjurkan program pendidikan pelaburan bersepadu kepada seluruh lapisan masyarakat. Antara program tersebut ialah:
A.Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM)
B.Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB
C.Kelab Pelaburan Bijak PNB
D.Kesemua di atas

Penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) menyaksikan pelbagai aktiviti diadakan setiap hari sepanjang berlangsungnya MSAM. Pameran MSAM 2009 akan dibuka untuk kunjungan orang ramai dari:
A.20 April 2009 hingga 27 April 2009
B.18 April 2009 hingga 27 April 2009
C.20 April 2009 hingga 26 April 2009
D.18 April 2009 hingga 26 April 2009

May Ling ingin melabur di dalam unit amanah ASNB. Objektif pelaburan beliau adalah untuk menjana pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang menerusi pelaburan di dalam portfolio yang seimbang di samping menikmati pengagihan pendapatan (jika ada). Apakah unit amanah ASNB yang bersesuaian dengan matlamat beliau?
A.ASN2
B.ASN3
C.ASM
D.ASW 2020

Berapakah jumlah kekerapan pindahan unit antara tabung di bawah unit Amanah Saham Gemilang (ASG) dalam masa 1 tahun?
A.2 kali
B.3 kali
C.4 kali
D.5 kali

Apakah strategi pelaburan yang disarankan pada kitaran kehidupan peringkat pertengahan (30an - 40an)?
A.Mula membentuk perancangan pelaburan
B.Sebahagian besar untuk pelaburan pertumbuhan/ekuiti
C.Pelaburan berorientasikan jangka panjang
D.Menilai semula pengagihan aset dengan mengurangkan pelaburan berisiko tinggi

Kenyataan berikut adalah benar mengenai tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB, KECUALI:
A.
Amanah Saham Malaysia dibuka kepada pelabur Bumiputera sahaja
B.Amanah Saham Didik adalah tabung unit amanah jenis pertumbuhan yang ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia
C.Amanah Saham Gemilang adalah tabung unit amanah harga berubah-ubah yang dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia
D.Amanah Saham Nasional 3 Imbang yang dilancarkan pada tahun 2001 adalah dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia

Encik Kim Chan melabur dalam unit amanah ABC yang mempunyai harga berubah-ubah semenjak tahun 2004. Sepanjang pelaburannya, beliau tidak menerima sebarang pengagihan pendapatan tetapi telah membuat penambahan unit untuk mengurangkan kos belian. Berikut adalah transaksi dan kedudukan pelaburannya.
21 September 2004
Jumlah Kos Pelaburan (RM)
51,448
Kos Pelaburan Seunit (RM)
0.5000
Jumlah Pelaburan Terkumpul (RM)
51,448
Jumlah Pelaburan Terkumpul (unit)
102,896
31 Disember 2007
Pelaburan Tambahan (RM)
12,000
Kos Pelaburan Seunit (RM)
0.3755
Pelaburan Tambahan (unit)
31,957.40
1 Januari 2008
Nilai Aset Bersih Saham Amanah ABC (RM)
0.8354

Berapakah kos purata pelaburan seunit (RM) pada 31 Disember 2007 setelah mengambil kira pelaburan tambahan yang dibuat pada akhir tahun?
A.0.3815
B.0.4705
C.0.4599
D.0.3354

Tiada ulasan:

Catat Ulasan