Khamis, 19 Mac 2009

Kuiz 5 MSAM

Soalan Kuiz

Sultan Abu Bakar turut dikenali sebagai ....................... berdasarkan pembinaan bangunan Kerajaan, balai polis, masjid, mahkamah dan istana besar yang dilaksanakan pada zaman pemerintahannya.
A.Bapa Pertanian Johor
B.Bapa Pembukaan Johor
C.Bapa Pembangunan Johor
D.Bapa Penyatuan Johor

Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular dewasa ini. Pada asalnya, seni muzik ghazal ini berasal daripada mana?
A.Tanah Melayu
B.Daerah Patani
C.Daerah Acheh
D.Tanah Arab

Taman Negara Tanjung Piai, Johor yang amat terkenal sebagai syurga flora dan fauna yang cukup unik dan jarang ditemui adalah meliputi kawasan seluas 926 hektar. Lokasi pelancongan yang menarik ini terletak di daerah:
A.Muar
B.Segamat
C.Pontian
D.Kluang

Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) mempunyai keistimewaan tersendiri. Program ini disasarkan kepada:
A.Golongan Bumiputra sahaja
B.Golongan bukan Bumiputra sahaja
C.Pelabur-pelabur PNB sahaja
D.Seluruh rakyat Malaysia

Penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) setiap tahun yang dilaksanakan secara tuntas dan kreatif turut memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai PNB dan aktiviti-aktiviti pelaburannya. Penyataan di bawah menunjukkan gabungan tahun penganjuran MSAM dan lokasi penganjuran dengan tepat KECUALI:
A.MSAM 2004 - Kepala Batas, Pulau Pinang
B.MSAM 2005 - Seremban, Negeri Sembilan
C.MSAM 2006 - Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
D.MSAM 2007 - Kuantan, Pahang

Berapakah jumlah caj jualan unit amanah ASNB harga berubah-ubah yang dikenakan kepada pelabur yang melabur secara tunai?
A.5% daripada Nilai Aset Bersih Seunit
B.2% daripada Nilai Aset Bersih Seunit
C.8% daripada Nilai Aset Bersih Seunit
D.Tiada caj dikenakan

Antara berikut, unit amanah ASNB yang manakah menawarkan pelaburan tanpa had maksimum, tertakluk kepada baki unit yang masih boleh dilanggan?
A.ASW 2020, ASD dan Skim ASB
B.ASD dan Skim ASB
C.ASN2, Sekim ASN, ASN3 dan ASG
D.Skim ASB sahaja

Langkah utama dalam perancangan kewangan adalah:
A.Memantau perancangan kewangan setahun sekali
B.Menentukan matlamat perancangan kewangan
C.Merangka pelan perancangan kewangan
D.Menilai posisi kewangan

Sulaiman ingin melabur di dalam Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020) melalui wang simpanan di dalam KWSP. Penyataan berikut adalah benar mengenai Skim Pelaburan Ahli KWSP, KECUALI:
A.Ahli hendaklah belum mencapai umur 55 tahun
B.Hanya wang simpanan di dalam akaun 1 yang boleh dikeluarkan untuk tujuan pelaburan
C.Pelaburan boleh dilakukan setiap bulan
D.Pelaburan boleh dilakukan di semua pejabat ASNB

Apakah dokumen utama yang perlu dibaca dan difahami oleh pelabur sebelum melabur di dalam unit amanah?
A.Surat Ikatan Amanah dan Prospektus
B.Berita semasa dan ramalan akan datang
C.Pergerakan Bursa Malaysia dan dunia
D.Maklumat ekonomi dan bajet negara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan