Ahad, 29 Mac 2009

Bonanza orang kampung

Bonanza OK tawar hadiah lumayan

MELAKA: Hadiah utama berupa sebuah Proton Saga BLM 1.3 dan ganjaran bulanan berbentuk 15 pakej percutian ke Bali selama empat hari dua malam bagi dua orang, menanti pengguna setia produk keluaran syarikat Orang Kampung Corporation (M) Sdn Bhd (OK) menerusi Peraduan Bonanza OK 2009.

Pengarah Urusannya, Habibul Ajmi Manggar, berkata peraduan menerusi kempen Bonanza OK kali ketiga itu yang diadakan sejak 2006, adalah bagi menghargai pelanggan produk berkenaan."Peraduan yang bermula 1 Mac hingga 15 Jun ini, turut menawarkan hadiah bulanan sampingan lain iaitu berupa enam televisyen LCD 32 inci jenama Sony, komputer riba HP (tiga unit), set teater Pioneer (tiga unit), loket emas (enam unit), telefon pintar HTC (tiga unit) dan hamper produk OK (400 unit). "Bagi pemenang kereta Proton Saga, peserta peraduan yang menyertakan cogan kata paling kreatif disamping testimoni akan layak memenanginya,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya, dekat sini, semalam.

Habibul Ajmi berkata, bagi menyertai peraduan itu, setiap peserta boleh mendapatkan borang penyertaan di pusat belah Mydin, Tesco, kedai 7-Eleven, Caring Pharmacy dan Watsons, selain menerusi iklan disiarkan di akhbar Harian Metro.

Katanya, peraduan berkenaan terbuka kepada semua penduduk negara ini yang berusia 18 tahun ke atas termasuk warga Singapura dan Brunei, tanpa had penyertaan dengan setiap penyertaan mesti menggunakan borang asal yang disertakan dengan bukti pembelian satu daripada 63 produk OK."Borang lengkap perlu dihantar kepada kami di alamat Peraduan Bonanza OK! 09, Orang Kampung Corporation (M) Sdn Bhd, No 17 Jalan Seri Duyung 2/10, Taman Seri Duyung Fasa 2, 75460 Melaka sebelum tarikh tutup," katanya.

Semua peserta dikehendaki menulis alamat dan nombor telefon dengan jelas bagi memudahkan pihaknya menghubungi pemenang.Maklumat lanjut mengenai peraduan ini juga boleh diperoleh menerusi http://www.orangkampung.com atau talian bebas tol 1800-88-0899.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan