Khamis, 19 Mac 2009

Kuiz 3 MSAM

Soalan Kuiz

Berikut merupakan pelabuhan utama yang kini menjadi pusat perdagangan logistik di negeri Johor KECUALI:
A.Pelabuhan Pasir Gudang
B.Pelabuhan Teluk Ramunia
C.Pelabuhan Tanjung Langsat
D.Pelabuhan Tanjung Pelepas

Johor adalah negeri yang pertama memiliki pasukan tenteranya sendiri; dan satu-satunya pasukan tentera yang dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini yang dinamakan:
A.Askar Timbalan Wira Negeri Johor
B.Askar Kesatria Setia Negeri Johor
C.Askar Timbalan Setia Negeri Johor
D.Askar Perwira Setia Negeri Johor

Terdapat tujuh jenis alat bunyi-bunyian yang sering mengiringi tarian kuda kepang. Berikut ialah antara alatan bunyi-bunyian yang dimaksudkan KECUALI:
A.Angklong dan Kinong
B.Gendang dan Gong
C.Tamborin dan Marakas
D.Jidor dan Bonang

Pameran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang dianjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) menarik penyertaan pelbagai pihak. Antara pihak yang menyertai pameran MSAM ialah:
A.Syarikat pelaburan PNB
B.Agensi kerajaan
C.Badan kawal selia industri unit amanah
D.Kesemua di atas

Penganjuran MSAM merupakan antara usaha PNB untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan pelaburan dan unit amanah sebagai satu alternatif merancang kewangan dan pelaburan. Maklumat disalurkan kepada pengunjung menerusi:
A.Program 'interaktif dan kreatif'
B.Aktiviti pameran
C.Aktiviti-aktiviti berteraskan pendidikan dan hibur didik
D.Kesemua di atas

Encik Roslin berumur 40 tahun pada 1 Januari, 2009. Beliau berminat untuk melabur di dalam tabung Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP. Baki Simpanan Akaun 1, KWSP berjumlah RM300,000. Berapakah jumlah kelayakan maksimum yang boleh dilaburkan oleh Encik Roslin melalui tabung tersebut?
A.RM 51,400
B.RM 52,200
C.RM 51,200
D.RM 51,000

Antara berikut, yang manakah membenarkan pelaksanaan pindahan unit antara tabung unit amanah ASNB?
A.Skim ASB kepada Sekim ASN, Sekim ASN kepada Skim ASB
B.ASW 2020 kepada ASD, ASD kepada ASG
C.ASN3 kepada Sekim ASN, ASN3 kepada Skim ASB
D.ASG kepada Sekim ASN, Sekim ASN kepada ASW 2020

Rejim penentuan harga tunggal dilaksanakan oleh Suruhanjaya Sekuriti di dalam industri unit amanah. Melalui rejim ini, harga jualan unit amanah berdasarkan nilai aset bersih tetapi kadar bayaran untuk caj jualan tidak dimaksudkan dalam harga unit. Apakah kelebihan pelaksanaan ini?
A.Memaklumkan pelabur bahawa semua caj dihapuskan
B.Memberi gambaran jelas mengenai kadar bayaran untuk caj jualan dan kadar bayaran untuk membeli unit amanah
C.Memberi gambaran jelas mengenai kadar bayaran untuk caj belian dan kadar bayaran untuk membeli unit amanah
D.Memaklumkan pelabur bahawa kadar caj jualan dihapuskan

Antara tabung unit amanah ASNB berikut, yang manakah adalah jenis pertumbuhan?
A.Skim Amanah Saham Bumiputera (Skim ASB)
B.Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020)
C.Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2)
D.Amanah Saham Malaysia (ASM)

Amanah Saham Gemilang (ASG) adalah tabung unit amanah berkonsepkan payung yang mempunyai tiga tabung di bawah naungannya. Apakah tabung-tabung tersebut?
A.ASG-Kecemerlangan, ASG-Kegemilangan, ASG-Kejayaan
B.ASG-Kesihatan, ASG-Pelajaran, ASG-Persaraan
C.ASG-Kesihatan, ASG-Pendidikan, ASG-Persaraan
D.ASG-Pelaburan, ASG-Simpanan, ASG-Tabungan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan