Ahad, 22 Mac 2009

kuiz 6 jawapan

I'm not sure if these are the questions for week 6

.Soalan KuizTHE ANSWERS

1.Pontian adalah salah sebuah daerah di negeri Johor. Nama Pontian dikatakan berasal daripada perkataan 'Perhentian' yang merujuk kepada:
C.Tempat berteduh di Sungai Pontian Besar bagi para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka

2.Antara tarian yang sering dipersembahkan di negeri Johor ialah tarian Sola, Selendang, Pak Tani, Pucuk Rebung, Perjuangan dan Mempertahankan Diri. Lenggang-lenggok di dalam tarian ini dinamakan:
D.Lenggang Kiprah

3.Alat-alat seperti Harmonium, Tabela, Gambus, Gitar, Tamborin, Marakas dan Violin digunakan untuk muzik tradisional yang dikenali sebagai:
B.Ghazal

4.Penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009 yang akan berlangsung dari 18 April 2009 hingga 27 April 2009 menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung. Antara aktiviti tersebut adalah seperti berikut KECUALI:
B.Pertandingan Mencipta Logo MSAM

5.Penganjuran MSAM menyaksikan pelbagai aktiviti berkonsepkan pendidikan yang diadakan setiap hari sepanjang berlangsungnya MSAM. Antara aktiviti tersebut ialah e-Peraduan yang dilaksanakan secara berkomputer dan terbahagi kepada dua kategori iaitu:
B.e-Peraduan Harian dan e-Peraduan Utama

6.Berapakah jumlah kelayakan minimum dan maksimum pelaburan yang boleh dilaburkan ke dalam unit amanah melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP?B.Minimum RM 1000 dan maksimum tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi simpanan asas di dalam Akaun 1,KWSP7.Bagaimanakah nilai aset bersih (NAB) ditentukan bagi unit amanah ASNB yang harga berubah-ubah?
A.Berdasarkan harga silam (Historical Pricing) dan ditentukan pada setiap penghujung hari perniagaan

8.Prinsip asas pelaburan adalah keseimbangan antara risiko dan pulangan, apakah hubungan antara keduanya?
A.Lebih tinggi pulangan daripada sesuatu pelaburan, lebih tinggi risikonya

9.Golongan minoriti warganegara Malaysia ini telah diberi kebenaran khas oleh Perdana Menteri untuk membuat pelaburan dalam Skim ASB, iaitu:
B.Orang Asli

10.Rajesh melabur dalam unit amanah AKY semenjak tahun 2004. Sepanjang tempoh pelaburannya, beliau telah menerima pengagihan pendapatan dan juga membuat pengeluaran unit. Berikut adalah transaksi dan kedudukan pelaburannya.21 September 2004Jumlah kos Pelaburan Terkumpul (RM) 55,000 Kos Purata Seunit (RM)0.6320Jumlah Pelaburan Terkumpul (unit)87,02531 Disember 2004Pengagihan Pendapatan (unit) 2,5001 Januari 2005Pelaburan Terkumpul (unit)89,52511 April 2005Jualan Balik Pelaburan (RM)(10,000)Kos Jualan seunit (RM)0.7347Jualan Balik Pelaburan (unit)13,611Berapakah kos purata seunit (RM) pada 1 Januari 2005 setelah mengambil kira pengagihan pendapatan yang diterima?
A.0.6144
this one..i'm not sure

1 ulasan: