Khamis, 19 Mac 2009

jawapan kuiz 3

Soalan Kuiz (week 3)

1. Berikut merupakan pelabuhan utama yang kini menjadi pusat perdagangan logistik di negeri Johor KECUALI:
B. Pelabuhan Teluk Ramunia

2. Johor adalah negeri yang pertama memiliki pasukan tenteranya sendiri; dan satu-satunya pasukan tentera yang dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini yang dinamakan:
C. Askar Timbalan Setia Negeri Johor

3. Terdapat tujuh jenis alat bunyi-bunyian yang sering mengiringi tarian kuda kepang. Berikut ialah antara alatan bunyi-bunyian yang dimaksudkan KECUALI:
C. Tamborin dan Marakas

4. Pameran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang dianjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) menarik penyertaan pelbagai pihak. Antara pihak yang menyertai pameran MSAM ialah:
D. Kesemua di atas

5. Penganjuran MSAM merupakan antara usaha PNB untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan pelaburan dan unit amanah sebagai satu alternatif merancang kewangan dan pelaburan. Maklumat disalurkan kepada pengunjung menerusi:
D. Kesemua di atas

6. Encik Roslin berumur 40 tahun pada 1 Januari, 2009. Beliau berminat untuk melabur di dalam tabung Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP. Baki Simpanan Akaun 1, KWSP berjumlah RM300,000. Berapakah jumlah kelayakan maksimum yang boleh dilaburkan oleh Encik Roslin melalui tabung tersebut?
C. RM 51,200

7. Antara berikut, yang manakah membenarkan pelaksanaan pindahan unit antara tabung unit amanah ASNB?
A. Skim ASB kepada Sekim ASN, Sekim ASN kepada Skim ASB

8. Rejim penentuan harga tunggal dilaksanakan oleh Suruhanjaya Sekuriti di dalam industri unit amanah. Melalui rejim ini, harga jualan unit amanah berdasarkan nilai aset bersih tetapi kadar bayaran untuk caj jualan tidak dimaksudkan dalam harga unit. Apakah kelebihan pelaksanaan ini?
B. Memberi gambaran jelas mengenai kadar bayaran untuk caj jualan dan kadar bayaran untuk membeli unit amanah

9. Antara tabung unit amanah ASNB berikut, yang manakah adalah jenis pertumbuhan?
C. Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2)

10. Amanah Saham Gemilang (ASG) adalah tabung unit amanah berkonsepkan payung yang mempunyai tiga tabung di bawah naungannya. Apakah tabung-tabung tersebut?
C. ASG-Kesihatan, ASG-Pendidikan, ASG-Persaraan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan