Isnin, 23 Mac 2009

puisi merdeka lagi

Teriak Merdeka memecah angkasa,
mengubat derita berabad lama,
kekalkan sentiasa kedaulatan bangsa,
moga merdeka kekal selama.

Sejarah bangsa dijadikan pedoman,
dalam membina negara perkasa,
bertolak ansur itulah ramuan,
rahsia membangunkan negara perkasa.

Jalur Gemilang berkibar megah,
tanda negara daulat merdeka,
kibarkan bendera dengan megah,
hayatilah semangat erti merdeka.

Getir perjuangan menuntut merdeka,
keringat darah menjadi taruhan,
khabar merdeka menghilang duka,
mengubat derita luka berzaman.

Ingatlah sentiasa pejuang merdeka,
berkorban segala buat negara,
janganlah mengambil sikap leka,
kemerdekaan pusaka ternilai negara.

Amokan globalisasi menghempas buas,
menguji keutuhan kemerdekaan kita,
jangan sehingga kita tertewas,
sehingga hilang kedaulatan kita

Perwira bangsa sedia berkorban,
baktinya tidak mengenal batasan,
buat negara sepenuh kecintaaan,
pusaka bernilai buat warisan.

Malayan Union gagasan berhelah,
muslihat penjajah terus memerintah,
titik permulaan perjuangan sejarah,
menentang cengkaman kuasa penjajah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan