Isnin, 23 Mac 2009

BONANZA OK

Bonanza OK

PENGGUNA setia produk keluaran Orang Kampung Corporation (M) Sdn Bhd (OK) kini berpeluang memiliki hadia utama, sebuah kereta Proton Saga BLM selain hadiah bulanan yang lumayan, termasuk 15 pakej percutian empat hari tiga malam untuk dua orang ke Bali, Indonesia menerusi Peraduan Bonanza OK 2009.

Pengarah Urusannya, Habibul Ajmi Manggar, berkata peraduan menerusi kempen Bonanza OK ini adalah kali ketiga diadakan sejak 2006.Menurutnya, peraduan sehingga 15 Jun itu turut menawarkan hadiah bulanan enam televisyen LCD 32 inci jenama Sony, komputer riba HP (tiga), set teater Pioneer (tiga), loket emas (enam), telefon pintar HTC (tiga) dan hamper produk OK (400).“

Bagi menyertai peraduan ini pelanggan OK boleh mendapatkan borang penyertaan di Kedai OK, kedai jamu, farmasi Mydin, Tesco, 7-Eleven, Caring Pharmacy dan Watsons selain menerusi iklan disiarkan di Harian Metro.Hadir sama, Pengurus Jualan, Ramli Abd Aziz.Mengulas lanjut, Habibul berkata, ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kategori A bagi hadiah utama yang berakhir pada 15 Jun depan dan kategori B, untuk hadiah bulanan.Bagi kategori B, ia dibahagikan kepada tiga siri peraduan dan tarikh tutup penyertaan pertama pada 31 Mac ini, kedua (30 April) dan ketiga (31 Mei).

Hanya peraduan dihantar menerusi pos diterima penyertaannya dan setiap borang perlu dilengkapkan dengan slogan tidak melebihi 20 patah perkataan.Peserta digalakkan menyertakan testimoni berserta gambar menceritakan mengenai keberkesanan menggunakan produk OK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan