Ahad, 29 Mac 2009

proton teruskan peraduan

Proton teruskan peraduan

LANGKAH Proton menganjurkan peraduan menangi sebuah Proton apabila membeli kereta keluarannya berupaya meningkatkan jualan keseluruhan syarikat kepada enam peratus.Berikutan itu, Proton bercadang meneruskan peraduan seperti itu kerana ia mampu meingkatkan jualan kenderaan syarikat itu pada masa mencabar sekarang.Pengurus Besar Bahagian Jualan Kereta Proton Edar Sdn Bhd, Sidik Abd Hamid, berkata sejak peraduan itu bermula pihaknya mendapat sambutan memberangsangkan.Praduan sejak 16 Februari lalu hingga 30 April ini menawarkan lima Proton Satria Neo 1.6 MT untuk dimenangi dan terbuka kepada semua pelanggan yang membeli kereta baru Proton sepanjang tempoh peraduan.Menurut Sidik, sejak Peraduan Menangi Sebuah Proton itu diadakan jumlah tempahan kereta Proton meningkat.Berikutan itu, kami bercadang mengadakan peraduan seumpana itu terutama menjelang musim perayaan.“Buat masa ini, pelanggan Proton masih berpeluang memenangi baki tiga lagi Proton Satria Neo 1.6 MT yang ditawarkan. Mereka hanya perlu membeli sebarang model kereta Proton baru dan lengkapkan borang penyertaan termasuk slogan sebelum tarikh tutup peraduan,” katanya selepas menyampaikan hadiah kepada dua pemenang peraduan berkenaan di Shah Alam, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan