Isnin, 17 Ogos 2009

tanggungjawab suami

TANGGUNGJAWAB SUAMI Rumahtangga yang aman damai itu terbina di antara gabungan kegagahan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita menguruskan rumahtangga. Tentu tidak akan wujud sebuah rumahtangga yang bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelumbutan isteri semata-mata.
Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan memimpin isteri ke arah mencari keredhaan Allah swt.pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya tetapi tidaklah sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab dalam ibadah yang khusus (fardhu ain). Firman Allah swt bermaksud:
“Peliharalah dirimu dan keluargamu dari seksa neraka.”
Setelah kita mengetahui sifat-sifat seorang suami,perlu juga diketahui tugas dan tanggungjawabnya iaitu: 1. Menjadi pemimpin keluarga 2. Mengajarkan ahli keluarga ilmu-ilmu fardhu ain(wajib) iaitu tauhid, feqah dan tasauf.
Ilmu tauhid: Diajarkan supaya beriktiqad ahli Sunnah Wal Jamaah. Mengajar sifat-sifat yang wajib, mustahil,harus bagi Allah dan Rasulullah saw. Rukun Iman, Islam dan lain-lainnya.
Ilmu feqah: Mengajarkan mereka supaya ibadah yang tunaikan itu menepati syariat Islam, seperti soal-soal kerukunan dalam sembahyang dan puasa. Mengenai perkara yang halal, haram, harus, makruh dan sunat.
Menerangkan kepada isteri mengenai haid, nifas dan wiladah malah perkara-perkara yang berkaitan dengannya serta hukum hakam menyucikan najis (mughallazah,mukhaffafah dan mutawassitah).
Contoh bagi mandi hadas besar (haid kering): Apabila darah haid itu kering menjelang waktu maghrib,hendaklah ia segera mengangkat hadas besar dan menggantikan dua waktu sembahyang fardhu yang tertinggal iaitu zuhur dan asar. Jika suci pada waktuIsyak maka hendaklah diqadhakan sembahyang asar dan maghrib. Begitulah seterusnya jika di waktu yang lain.
Ilmu Tasauf: Mendidik ahli keluarga supaya sentiasa berakhlak dalam beramal dan dapat menjaga segala amalannya dari dirosakkan oleh riak, sombong, bangga dan menunjuk-nunjuk serta mengadu domba. Sabda Rasulullah saw bermaksud:
“Tidak mendapati akan Allah oleh seorang dengan dosa yang terlebih besar daripada dosa yang jahil akan segala isi rumahnya.”
Ini bermakna suami yang tidak mengajar isteri-isterinya mengenai perkara-perkara yang fardhu ain dan membiarkan mereka di dalam kejahilan.
3. Memberi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal dari sumber dan usaha yang halal. Ingatlah para suami,kewajipan kita terhadap mereka ialah melayani dengan baik dalam hal di atas. Sabda Rasulullah sawbermaksud:
“Kewajipan seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makanan kepadanya jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolok-olokkan dia dan juga tidak bolehmeninggalkannya kecuali dalam tempat tidur (ketika isterinya membangkang).”
Berkata setengah ulama:
“Sesungguhnya sekali membeli pakaian anak isteri yang menyukakan hati mereka maka suami akan mendapat pahala selama 70tahun.”
4. Tidak menzalimi anak isteri iaitu dengan:  memberi didikan agama secukupnya.  Memberi nafkah zahir dan batin secukupnya  Menegur, menasihati dan menunjuk ajar jika mereka melakukan maksiat dan kesalahan.
5. Hendaklah memberi nasihat jika isteri gemar mengumpat, berleter serta melakukan sesuatu yang bersalahan dengan perintah agama. Selalulah ceritakan gambaran-gambaran wanita yang diseksa di atasperbuatan yang sedemikian.
Kaum wanita tidak digalakkan menziarahi ke rumah orang lain. Ini bukanlah bererti tidak boleh berziarah langsung. berziarah itu boleh tetapi biarlah kena pada tempatnya.
Sedangkan lidah tergigit, inikan pula kita manusia biasa. Tambahan pula bila sudah hidup bersuami isteri.kena sabar dengan kerenah suami, kerenah isteri dan anak-anak.
Di antara perkara yang boleh membawa kepada kebinasaan berkahwin apabila suami tidak memberikan nafkah yang halal kepada ahli keluarganya. memandang ringan akan hak-hak keahlian mereka apatah lagi jika membiarkan mereka susah dan menderita. Rasulullah saw telahmengingatkan dengan sabda yang bermaksud:
“Memadailah seorang itu derhaka dan dosa bahawa menghilangkan ia akan hak orang yang wajib dinafkahinya.”
Dosa yang paling berat sekali apabila suami tidak menunaikan mas kahwin kepada isterinya sepertimana yang dijanjikan. hal ini telah diperjelaskan oleh baginda dengan maksudnya:
“Siapa sahaja seorang lelaki yang mengahwini perempuan dengan mas kahwin sedikit atau banyak, sedangkan dalam hatinya ia tidak berniat untuk memberikan hak kepada perempuan tersebut (mas kahwin) kepadanya. maka ia meninggal dunia sedang ia belum memberi hak perempuantadi kepadanya maka ia akan menjumpai Allah di hari kiamat nanti dalam keadaan berzina.”
Berkata pula Imam Ghazali: Kebinasaan berkahwin ini umumnya tiada sejahtera daripadanya melainkan orang yang alim akan ilmunya yang dapat memberi manfaat di hari akhirat. Mempunyai akal yang sempurna dan baikakhlaknya malah mengetahui dengan mata hatinya akan adat dan sikap seorang wanita itu. Sabar ia di atas segala kejahatan lidah isterinya dan tidak mengikut segala kehendak hawa nafsunya melainkan bermuafakatdengan perkara yang bertepatan dengan syariat.
Secara ringkas di sini dapatlah diertikan, seorang suami yang alim (mengetahui) akan ilmu-ilmu keagamaan itu mestilah mendidik isterinya dengan penuhberhikmah. Tidak mengambil sesuatu tindakan yangmelulu sebaliknya bukanlah bermaksud tunduk dan patuh di bawah telunjuk isteri. Malah bersikap lapang dada dalam menghadapi sesuatu masalah sebab Allah menguji seseorang itu mengikut kemampuannya.
Sikap kita di alam bujang dan alam rumahtangga akan jauh bezanya baik yang lelaki mahupun perempuan. Apa yang lebih membimbangkan bila seorang lelaki itu telah memasuki gerbang rumahtangga di mana sikapnya di zaman bujang yang terkenal dengan kuat bersembahyang sunat,puasa sunat, bezikir dan bersedekah telah berubah.Berubah menjadi seorang yang leka dan selalu menyibukkan diri dengan anak isteri. Bekerja keras untuk mengumpul harta dan kemewahan semata-mata untukkeluarga. lebih buruk lagi bila sifatnya yang pemurah tiba-tiba menjadi kedekut dan sombong dengan harta yang ada.
Inilah masalah yang perlu kita semua ambil perhatian.Bukan sahaja kepada golongan suami, isteri sendiri mestilah memainkan peranan membantu suami dalam mengatasi masalah tersebut. Bukannya mengungkit,menghasut dan memaksa suami melakukan itu ini yang diluar batas kemampuannya. Mencari rezeki untuk memudahkan keluarga memanglah digalakkan tetapi biarlah kena pada tempat, masa dan keadaannya,janganlah pula sampai tertinggal ibadah yang wajib!Sebab, telah berkata Abi Sulaiman Ad Darani r.t:
Barang yang membimbangkan akan dikau daripada mengingati Allah swt iaitu daripada ahlinya dan hartanya dan anaknya maka iaitu celaka atasmu.
Kesimpulan, bersikap sederhanalah dalam mengatur dan menyelenggarakan sebuah rumahtangga. Sentiasalah mengadakan perbincangan dengan isteri (tambahan kalau yang beristeri lebih dari satu) terutama dalammujahadah mengikis nafsu mazmumah yang masih lagi berkarat di hati-hati kita. Seorang suami mestilah bersikap tegas di atas sikap anak isteri bila mengerjakan perkara mungkar yang berlawanan dengan syariat samada yang haram, makruh, harus ataupun perangai yang kurang beradab. Dayuslah seorang suami jika dia sama-sama menjadi tukang sokong sekaligus bersubahat dengan keluarganya. Allah sentiasa mengingatkan hamba-hambanya supaya bertolong-tolong dalam perkara yang mendatangkan kebajikan bukan sebaliknya kerana ianya mendatang dosa dan seteru.
Akhir kata dari saya, Allah telah mengingatkan para suami dengan firman yang bermaksud:
“Dan ketahuilah harta dan anakmu itu adalah fitnah.”
Maka marilah kita jagai mereka agar selamat dari bala bencana dunia akhirat. Itulah keistemewaan kita sebagai suami, kelebihan satu darjat kaum lelaki itu dari wanita ialah darjat suami yang bertanggungjawabdan berkewajipan dalam mengeluarkan belanja

Kenapa kita diuji

Kenapa Kita di Uji

Assalamualaikum wr wb. kadang-kadang ... bilamana kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan hati ini selalu sahaja merintih... dan pelbagai persoalan timbul dibenak hati sanubari kita.......KENAPA AKU DIUJI ?" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "-Surah Al-Ankabut ayat 2-3KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "-Surah Al-Baqarah ayat 216KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."-Surah Al-Baqarah ayat 286RASA KECEWA ??" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "-Surah Al-Imran ayat 139BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. "-Surah Al-Imran ayat 200"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', " -Surah Al-Baqarah ayat 45APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "-Surah At-Taubah ayat 111KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. "-Surah At-Taubah ayat 129AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "-Surah Yusof ayat 87Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah.......... sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan..... kerana ialah penawar..... penawar untuk kita......... marilah kita kembali kepada Al-Qu! ran..... kembali mengamalkan ajaran yang terkandung sepenuhnya........ semoga Allah memberkati sahabat-sahabat di sana....wassalam.....Syukran Jazilan ..

ISLAM

Islam: Definition & General Information

The religion of Islam is not named after a person as in the case of Christianity which was named after Jesus Christ, Buddhism after Gotama Buddha. Nor was it named after a tribe like Judaism after the tribe of Judah and Hinduism after the Hindus. Muslims derive their identity from the message of Islam, rather than the person of Muhammad (PBUH), thus should not be called "Muhammadans".Islam is the true religion of "Allah" and as such, its name represents the central principle of Allah's "God's" religion; the total submission to the will of Allah "God". The Arabic word "Islam" means the submission or surrender of one's will to the only true god worthy of worship "Allah". The Definition of Islam:The word "Islam" also implies "peace" which is the natural consequence of total submission to the will of Allah. Hence, it was not a new religion brought by Prophet Muhammad (PBUH) in Arabia in the seventh century, but only the true religion of Allah re-expressed in its final form. Islam is the religion which was given to Adam, the first man and the first Prophet of Allah, and it was the religion of all the Prophets sent by Allah to mankind.Peace means to be at peace with yourself and your surroundings and submission means submission to the will of God. A broader meaning of the word "Islam" is to achieve peace by submitting to the will of God. Islam enjoins faith in the oneness and sovereignty of Allah (SWT), which makes man aware of the meaningfulness of the universe and of his place in it. Islam signifies a moral attitude and a way of life. The doctrines, morals, ethics, legislations, institutions, teachings and values that are preached to be adopted by the human race at all levels of the individual family, community, nation and humanity are structured to achieve peace and prosperity for all mankind.Islam was revealed to the Prophet Muhammad by Allah (the Lord of Existence) through angel Gabriel, in the Arabic language. Islam changed the course of human history. It came in a time when life was corrupted in every aspect. As a result of ignorance, the evil known as the worship of natural phenomena was born in human society. Owing to this intellectual aberration, idolatry became a rooted feature of human civilization. So Islam (the message of Allah) was sent to humanity to change the situation, and to lead the humanity to perfection. It was sent to every nation without distinction, and also for all the time (the past and future), as for the past that was by approving all real messengers and their messages and ordered to believe in them, as well as their messages. As for the future, it means that there won't be sent any other Prophet after Muhammad (PBUH).By Islam the truth was unveiled, and now truth and untruth have become so distinct from one another that there is no thick or thin veil in between. Continuity of the Message:Islam is the true "natural religion", and it is the same eternal message revealed through the ages to all of God's prophets and messengers. Muslims believe that all of God's prophets, brought the same message of Pure Monotheism. For this reason, the Prophet Muhammad was not the founder of a new religion, as many people mistakenly think, but he was the Final Prophet of Islam. Sources of Islam:1. The Qur'an: The religion of Islam came direct from heaven. The Qur'an and all its tenets were sent down by Gabriel from God himself to Muhammad. As for the Qur'an, it is held to be of eternal origin, recorded in heaven, and lying as it does there upon the "Preserved Table" (Surah 85:22). Thus God alone is held to be the "Source" of Islam; and if so, then all effort to find a human origin for any part of it must be in vain. 2. The Hadith (Sunnah): The Sunnah is the second source of Islam. Sunnah is an Arabic word which means "Method". It was applied by the Prophet Muhammad (PBUH) as a legal term to represent what he said, did and agreed to. Its authority is derived from the text of the Qur'an, because the Qur'an says: "Nor does he (Muhammad) speak of (his own) desire." (Surah 53:3) The Qur'an and the Sunnah are complimentary. The meaning of the Qur'an is general in nature, the Sunnah makes it specific and particular. The Sunnah explains the instructions of the Qur'an. 3. Ijma and Qiyas: Ijma (that is consensus of opinion of scholars) and Qiyas (that is laws derived through analogical deduction) are the secondary or dependent sources of Islam or Shari'ah. Ijma and Qiyas derive their value or authority from the Qur'an and the Sunnah. Therefore, they are called dependent sources.Fundamental Beliefs and Actions in Islam.Pillars of Iman (the main beliefs in Islam):1. Belief in Allah (the One with no partner)2. Belief in His angels3. Belief in Divine Books4. Belief in Messengers and Prophets ( all Prophets sent by Allah )5. Belief in The Last Day )the day of resurrection )6. And belief in al-Qadar (the Divine Destiny) be it good or bad.Pillars of Islam: 1. The declaration of faith: To bear witness that there is none worthy of worship except Allah, and that Muhammad is His messenger to all human beings till the Day of Judgement.2. Prayers: Daily prayers are offered five times a day as a duty towards Allah. 3. Fasting the month of Ramadan: The Muslims during the month of Ramadan not only abstain from food, drink and sexual intercourse from dawn to sunset, but also from evil intentions and desires. 4. Zakat: To pay annually 2.5% of one's net saving on which a year has passed as a religious duty and purifying sum to be spent on poorer sections of the community.5. Pilgrimage to Makkah: It is to be performed once in a lifetime, if one can afford it financially and physically.Aqeedah & Shari'ah in Islam:Islam is built in two parts, Aqeedah (Islamic Belief) and Shari'ah (Islamic Law), 'Aqeedah is the foundation of Islam and the Islamic nation is firm in its awareness. It is known with evidences of the Shari'ah from the Book & Sunnah that man's saying and actions are only authentic and acceptable to Allah, when their 'Aqeedah is authentic, if however the 'Aqeedah is not authentic then their sayings and actions are invalid. Aqeedah is the Islamic belief (belief in Allah's oneness, Lordship and Attributes. Belief in His Angels, His Books, His Messengers, the Day of Judgment, and Fate whether good or bad).The second part of Islam is Shari'ah (Islamic Law ), the true embodiment of justice. The Shari'ah is fully complete. It is the Way which encompasses the totality of man's life.It contains all that man needs to achieve a whole and sound life in this world . The completion and the perfection of the Shari'ah means that it is above, and free from, contradiction and inconsistency. Allah says, "Do they not ponder on the Qur'an? Had it been from other than Allah, they would surely find therein much discrepancy." (Surah 4:82)The Differences between Islam & Other Religions and Sects:Since the total submission of one's will to Allah represents the essence of worship, the basic message of Allah's divine religion, Islam is the worship of Allah alone and the avoidance of worship directed to any person, place or thing other than Allah. Even Jesus did not tell his followers to worship him but to worship Allah. As the Qur'an states: "And behold Allah will say: 'O Jesus the son of Mary Did you say to men, Worship me and my mother as gods besides Allah'. He will say: "Glory to You I could never say what I had no right (to say)'." (Soorah 5:116)The basic message of Islam is that Allah and His creations are distinctly different entities. God's religion in essence is a clear call to the worship of the Creator and the rejection of creation-worship in any form.The Message of False Religions:There are so many sects, cults, religions, philosophies, and movements in the world, all of which claim to be the right way or the only true path to Allah. How can one determine which one is correct or if, in fact, all are correct? The method by which the answer can be found is to clear away the superficial differences in the teachings of the various claimants to the ultimate truth, and identify the central object of worship to which they call, directly or indirectly. False religions all have in common one basic concept with regards to Allah. They either claim that all men are gods or that specific men were gods or that nature is God or that God is a figment of man's imagination.Thus, it may be stated that the basic message of false religion is that Allah may be worshipped in the form of His creation. False religion invites man to the worship of creation by calling the creation or some aspect of it God. For example, Prophet Jesus invited his followers to worship Allah but those who claim to be his followers today call people to worship Jesus, claiming that he was God or the son of God! Allah (SWT) says : "He has commanded that you only worship Him; that is the right religion, but most men do not understand. " (Soorah 12:40)The intellect doesn't accept there can be contradictions between the messages of Allah (SWT), since the source is one, i.e. (Allah). Why then are there so many contradictions between them?! Islam in essence is the same religion that was revealed to Adam, Abraham, Moses, Jesus, but it is in the final and complete form. In fact, Islam actually opposes these corrupted religions, because they are simply made by people. So present Christianity and Judaism are definitely forms of disbelief. The Jews have been described as those who have earned Allah's wrath. That is because they knew the truth and chose to go against it. The Christians have been described as those who have gone astray.Allah has declared that Jews and Christians are disbelievers in His Book. Allah has said, "And the Jews say, 'Ezra is the son of Allah,' and the Christians say, 'The Messiah is the son of Allah.' This is a saying from their mouths. They imitate the saying of the disbelievers of old. Allah's curse be on them, how they are deluded away from the truth. They took their rabbis and their monks as lords besides Allah and [they also took as lord] the Messiah, son of Mary. But they were commanded only to worship none but One God. Praise and Glory be to Him, [far above is He] from having the partners they associate with Him. ." [Soorah 9:30-31] "Surely, disbelievers are those who said, 'Allah is the third of the three [in a Trinity]." [Soorah 5:73] "Those among the Children of Israel who disbelieved were cursed by the tongue of David and Jesus, son of Mary." [Soorah 5:87] Jesus, son of Mary, gave glad tidings for the Prophet Muhammad. Jesus said, as His Lord states in the Qur'an, "O Israel, I am the Messenger of Allah for you confirming the Torah (which came) before me, and giving glad tidings of a Messenger to come after me, whose name is Ahmad [one of the names of the Prophet Muhammad]. But when he came to them with clear proofs, they said, 'This is clear magic.'" [Soorah 61:6] Islam the Religion of Freedom:Islam has given to mankind freedom of thought, speech, and action but within a correct and reasonable framework, (i.e. whereby one does not harm others or oneself), so that certain foods and drinks, which are very harmful, are not permissible because of the harm they cause to oneself. Likewise slander and assault and the like are not permissible because of the harm they cause to others. Islam takes care of human beings in every aspect of their life (spiritually, emotionally and physically), because the man is created of both soul and body.Islam Is the Solution of Terrorism not its Source:Islam has been the most opposed religion over the time, because it calls to truth, and always has been fought by its enemies. They always try to disfigure it, and attach to it misconceptions to mislead people.Terror, in its broadest sense, is violence committed against non-military targets for political purposes. To put it in another way, the targets of terror are entirely innocent civilians whose only crime is, in the eyes of terrorists, to represent "the other". This is an act bereft of any moral justification. This, as in the case of murders committed by Hitler or Stalin, is a crime committed against "mankind". The Qur'an is a Book revealed to people as a guide to the true path and in it, God commands man to adopt good morals. This morality is based upon concepts such as love, compassion, tolerance and mercy. "You who believe! Enter absolutely into peace (Islam). Do not follow in the footsteps of Satan. He is an outright enemy to you." (Soorah 2:208)The values of the Qur'an hold a Muslim responsible for treating all people, whether Muslim or non-Muslim, kindly and justly, protecting the needy and the innocent and preventing the "dissemination of mischief". As God says, "God does not love mischief makers." (Sorah 28:77) All these verses reveal that organizing acts of terror against innocent people is against Islam. On the contrary, Muslims are responsible for stopping these people, removing "mischief on earth" and bringing peace and security to all people all over the world. Islam is by no means the source of any injustice and the injustice has no place in

masalah andartu

JALAN PENYELESAIAN MASALAH ANDARTU

JALAN PENYELESAIAN MASALAH ANDARTU

Sudah menjadi sunnatullah, setiap makhluk yang Allahjadikan itu hidup berpasangan-pasangan. Adam dijadikanberpasangan dengan Hawa, haiwan yang jantan berpasangan dengan yang betina, bunga jantan denganbunga betina, demi untuk mengembang-biak keturunanmasing-masing di muka bumi Allah ini. Allah swt berfirman yang bermaksud:
“Allah menjadikan isteri untukmu dari jenismu jua, dankemudian dijadikannya dari isterimu itu anak atau cucudan diberikannya kamu rezeki dari yang baik-baik.”Firman Allah lagi,“Dan berkembang-biaklah dari keduanya lelaki dan perempuan yang banyak sekali.”
Perempuan akan menderita jika masih belum berpasangansedangkan usia sudah semakin lanjut. Apatah lagi jikamenerima gelaran “andartu” atau anak dara tua. Merekatidak rela menerima gelaran itu.

Menurut laporan setakat ini seramai lebih kurang600,000 wanita berusia antara 30 hingga 34 tahun yangmasih belum berkahwin. Ini tidak termasuk wanita yang berstatus janda. Masalah andartu mesti diselesaikansegera kerana ia boleh menjejaskan kestabilanmasyarakat dengan timbulnya masalah sosio-ekonomi.Tambahan pula, masalah andartu boleh menjerumuskan kaum wanita ke lembah maksiat.

Sebenarnya, tidak ada perempuan yang sanggup digelarandartu. Masalah andartu bukanlah masalah peribadibagi mereka yang terlibat sahaja, tetapi ia adalah masalah bersama. Ia adalah masalah masyarakat, masalahummah. Kita mestilah mengkaji dan mencarilangkah-langkah praktikal untuk mengatasinya. Tidak sewajarnya kita hanya menggelar, mengejek danmenghina, tetapi eloklah ditinjau akar-umbi masalahmereka sekaligus selesaikan masalah itu jika mampu.

Terlalu banyak faktor yang menyebabkan wanita yangmenjadi andartu. Antara golongan wanita yang tidakkahwin adalah perempuan-perempuan kota yang intelek dan mempunyai status yang tinggi. Golongan wanitaintelektual ini telah ditempatkan pada kedudukan yangtinggi dalam masyarakat. Kadangkala sebagai boss dipejabat, pegawai eksekutif, peguam, doktor danlain-lain jawatan yang dulunya dipegang oleh kaumlelaki. Walaupun pada zahirnya kelihatan mereka mempunyai banyak keistimewaan kerana kedudukan yangtinggi itu, tetapi hidup mereka sedikit demi sedikitmula terasing. Pergaulan mereka terbatas di kalangan orang-orang atasan sahaja.
Wanita-wanita “istimewa” ini berharap mereka akanbertemu jodoh dengan lelaki golongan atasan juga.Malangnya ini tidak berlaku. Wanita yang berkedudukan tinggi selalunya mudah ditimpa penyakit ego dan sukamemerintah. Keterbiasaan mereka memerintah orang orang bawahan memungkinkan mereka bersifat yang sama dengansuami. Ini yang menyebabkan lelaki takut untukberisterikan wanita yang berkedudukan tinggi. Dangadis-gadis kampung atau gadis-gadis bandar yang sederhana lebih menjadi idaman lelaki status tinggi.

Wanita yang berprofesion menyayangi kerjayanya lebihdaripada untuk mendirikan rumahtangga. Mereka takutterkongkong, terbantut kareer. bagi mereka, kononnya beban kerja lebih ringan daripada bebanan rumahtangga.
Protokol kerja dan protokol belajar juga menyekatwanita dari berkahwin di usia muda. Contohnya, seorangparamugari yang berumahtangga tidak dibenarkan bekerja di atas kapalterbang. maklumlah, selepas kahwin badansudah hilang potongannya, mengandung pula, hendakfikir anak dan suami.

Oleh itu, kerana wanita sekarang suka pekerjaan yangmencabar, mereka lebih suka menangguhkan perkahwinanhingga lewat usia.

Masalah andartu juga kadang-kadang berpunca dari sikapibu bapa. Ada ibu bapa yang bersikap memandang buludalam soal memilih menantu ini. mereka rela anak daramereka terperap di rumah dari bersuamikan lelaki yangtidak sama darjat dan keturunan serta berjawatantinggi. Kononnya takut status jatuh atau takut anak teraniaya.

Kadang-kadang sikap “pilih bulu” ini datang daripadaorang perempuan sendiri. Mereka menjadi terlalupemilih disebabkan sikap kebanyakan kaum lelaki yang ada pada hari ini. Kehidupan seharian orang lelakimoden yang suka berpoya-poya, curang, akhlak buruk,tidak bertanggungjawab, menyebabkan kaum wanita berfikir beratus-ratus kali sebelum mengambilkeputusan untuk berkahwin. Apakah bakal suaminya itusetia? Apakah dia bertanggungjawab? Apakah diapenyayang? Keraguan-keraguan ini akhirnya mendorongwanita bersikap pesimis atau “tawar hati” untukberkahwin.

Sukar hendak cari lelaki bertanggungjawab lebih-lebihlagi yang kuat beragama zaman ini. Justeru itulahwanita sanggup bergelar andartu daripada tersilap pilih, agar tidak menyesal di kemudian hari. Cuma yangkita takuti, pilih punya pilih terpilih punggungcawan!
Ada juga wanita yang tidak mahu berkahwin keranapernah melalui satu peristiwa pahit dalam hidupnya,yang menyebabkan dia serik untuk menempuh alamrumahtangga. kisah cerai-berai, pertengkaran danpenganiayaan dalam rumahtangga yang terjadi di sekitarhidup mereka selalunya menimbulkan kesan yang sangatmendalam dalam jiwa kaum wanita, hingga boleh menyebabkan dia tawar hati untuk berkahwin. Dan adajuga yang tidak mahu kahwin kerana putus cinta(frust).

Yang belajar dengan pinjaman dan biasiswa terikat puladengan protokol perjanjian belajar. Mereka tidak bolehkahwin selagi belum tamat belajar. Masalah inimelibatkan pelajar-pelajar yang belajar di luarnegeri. Sedangkan dalam masa yang sama,pengaruh-pengaruh negatif, lucah dan merangsang nafsu terpaksa mereka hadapi. Cara hidup barat yang lepasbebas mencabar sifat fitrah manusia yang inginkanperkahwinan. tapi apakan daya pintu perkahwinan secara halal dan terhormat disekat.

Oleh itu, sebagai jalan keluar, ada yang sanggupbersekedudukan, berzina, semata-mata untuk melayannafsu. kalau ikut hukum Islam, mereka yang tidak mampu melawan nafsu seks wajib berumahtangga jika dikhuatiriakan terlibat dengan zina dan pergaulan bebas. tetapi,perkahwinan yang halal dilarang, buat maksiat tidak apa. Hadis Nabi saw yang bermaksud:

“Tidak ada suatu dosa di sisi Allah sesudah syirikyang lebih besar daripada seorang leki-laki yangmenumpahkan maninya ke dalam rahim (perempuan) yang tidak halal baginya.”

Seperkara lagi yang menggalakkan pertambahan bilanganandartu dalam masyarakat hari ini adalah belanjakahwin yang tinggi. belanja kahwin ini turun naikmacam turun naiknya harga barang. Apakah nilai anakperempuan sanggup kita samakan dengan harga barang?
Kalau harga getah, kelapa sawit, koko naik, belanjakahwin juga turut naik. Apakah nilai perkahwinan itusudah jadi seperti jual beli barang? Belanja kahwin seorang perempuan yang berpelajaran tinggi misalnyameningkat menjadi RM8,000.00. kalau yang kerja kampung RM4,000.00. Ada ibu bapa yang menuntut begitu. Kalauyang berjawatan dan bergaji besar, lagi tinggilahhantaranya? Ini semua menghalang wanita daripadakahwin cepat.

Persoalan andartu ini sebenarnya adalah salah satufaktor yang menyebabkan perkembangan maksiat dalammasyarakat. Iaitu akibat dari menyusah-nyusahkan perkahwinan yang halal. Bila saluran yang halal disisi Allah swt disekat, timbulah berbagai-bagai krisisdalam masyarakat dan menggalakkan perkara-perkara yangmendorong pelepasan nafsu seks secara haram.
Kalau semua pihak ikut panduan syariat Islam, tidakdicampur budaya Melayu yang bidaah, perkahwinan akanjadi mudah. Tidak akan timbul “jalan belakang” untuk menyelesaikan runtunan hawa nafsu yang tidak dapattidak mesti ada dalam diri manusia. Hanya manusia yangberiman sahaja dapat menyalurkan nafsunya secara yangdiredhai Allah, selamat, bahagia, dunia dan akhirat.

Tanpa iman, jalan-jalan yang haram akan terusditempuh, akan lahirlah anak-anak zina yang merosakkansalasilah keturunan. Hubungan keturunan dan pertalian darah sudah tidak suci lagi. Sebab itu generasi yanglahir susah untuk dididik dan dilembutkan hatinyauntuk menerima kebenaran.

Begitulah tenatnya masalah andartu ini jika tidak cubadiselesaikan atau cuba diselesaikan tetapi tidakmengikut kaedah yang ditetapkan oleh Allah swt. namun,masih ada pihak-pihak yang menganggap masalah andartuini remeh-temeh dan tidak perlu diambil perhatianberat. Kalau sebut bab poligami kita cepat melenting.Pada hakikat sebenarnya ia boleh menggugat kestabilannegara. Bila masyarakat rosak, keselamatan akantergugat dan ini akan menyebabkan pelaburan asing berkurangan, kedudukan ekonomi tergugat. Tetapi yangpaling penting adalah kutukan Allah swt. SabdaRasulullah saw:

“Wanita adalah tiang negara, bila ia baik, baiklahnegara. Dan bila ia rosak, maka rosak pula negara.”

Justeru itu, penyelesaian yang utama untukmenyelesaikan masalah andartu ini adalah denganmengatur perkahwinan mengikut syariat tanpamenyusahkan mana-mana pihak. Sabda Nabi Besar saw yangdiriwayatkan oleh Bukhari-Muslim:
“Hai golongan pemuda, barangsiapa di antara kamu telahsanggup kahwin maka kahwinlah, kerana berkahwin itulebih menundukkan mata dan lebih memelihara faraj.”
Kalau ikut syarat, perkahwinan ini terlalu mudah untukdilaksanakan. yang penting lima rukun nikah dipenuhi iaitu: 1. Pengantin perempuan 2. Pengantin lelaki 3.Wali, 4 Saksi dan 5. Ijab dan kabul.

Mas kahwin bukannya rukun nikah. Ia boleh berbentukcincin seperti yang pernah dilakukan di zamanRasulullah. Sabda Rasulullah saw:

“Carilah mas kahwin walau hanya cincin besi.”

Belanja kawnin pula boleh dirundingkan. Sepatutnyakenduri kahwin hendaklah dibuat atas dasar kemampuanbukan untuk bermegah-megah.

Perkahwinan boleh diatur dengan berbagai cara yangtepat dan cepat. Ia boleh diatur oleh badan khassesuai dengan keistemewaan pasangan tersebut.Contohnya, kalau individu itu seorang guru kemungkinanbakal isterinya juga seorang guru. Kayu ukur dalamseluruh tindakan dan membuat keputusan ialah syariat,bermula daripada memilih jodoh, peminangan, majlispernikahan, kenduri kendara dan seterusnya.

Perkahwinan dalam Islam boleh dilaksanakan denganberbagai bagai cara dalam usaha menyelesaikan masalahandartu antaranya:  Melalui persetujuan ibu bapa kedua belahpihak.  Peminangan pihak lelaki dengan pihakperempuan.  Pinangan pihak perempuan terhadap lelaki.  Menganjurkan perkahwinan antara bangsa dengantujuan menyebarkan ajaran Islam.  Mempercepatkan perkahwinan bagi mereka yangtelah layak dan mampu.  Merendahkan belanja perkahwinan dan elakkanperkara-perkara yang menyusahkan dan membazir.  Menggalakkan poligami memandangkan bilanganperempuan melebihi bilangan lelaki. Jangan pihakwanita melenting tau.
Semua jalan-jalan perkahwinan yang disebutkan di atasboleh diatur sama ada perkahwinan monogami ataupoligami. Bila matlamat perkahwinan kita jelas kerana Allah semata-mata, maka poligami atau monogami tidakjadi masalah. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Hai manusia! Patuhlah kepada Tuhanmu, yang menjadikankamu dari diri yang satu (jenis) dan menjadikanisterinya dari jenisnya (bangsanya) sendiri, dan kemudian Tuhan memperkembang-biakkan dari keduanya,laki-laki dan perempuan yang banyak.”

Di zaman teknologi moden sekarang ini, ada yangmenggunakan mesin komputer untuk mengatur perkahwinan.Apakah manusia sudah tidak punya hati, akal danperasaan hingga terpaksa menyerahkan keputusan danpilihan teman hidupnya kepada komputer yang tidakberakal? mana pertimbangan agama dan Iman? Oleh itukembalilah kepada Islam dalam urusan perkahwinan ini.Mudah dan senang.

Didikan agama dari kecil adalah penting. Dan apabilatiba masa yang ia telah layak berkahwin, bekalan ilmu,iman dan rezekinya telah tersedia. Ia mampu menjadiisteri atau suami yang baik di sudut rohani danjasmani sebaik sahaja meningkat dewasa. Dan detik itutidak boleh disia-siakan melainkan mesti dipergunakan…. kahwinkan mereka segera!

Dengan didikan agama itu juga dapat melindungi dirikita dari tergelincir ke lembah dosa. Tidak akantimbul lagi masalah andartu. Dan jika berlaku juga,itu merupakan ujian sementara sebelum Allah berikanjodoh yang sesuai, dan terimalah ianya.

Oleh itu, masalah andartu ini boleh diselesaikan bilamanusia kembali kepada agama. Barulah hati akanmengaku kelebihan berkahwin yang dapat menyelesaikan banyak penyakit masyarakat yang berpunca dari nafsusyahwat. maka, selamatlah diri, terpelihara agama danbersihlah masyarakat. Jika dari awal lagi kita mengikut syariat Islam, dengan mempelajari ilmu agama,menutup aurat, menjaga akhlak, InsyaAllah jodoh akandatang dengan cepat dan pasti membawa berkat!

idealisme dan realiti

Imbangkan idealisme dan realiti

Oleh DR. SIDEK BABA

Mempunyai idealisme dalam hidup adalah sesuatu yang baik bagi remaja. Zaman remaja adalah zaman bercita-cita malah berangan-angan. Remaja amat suka membina fantasi dan impian. Fitrah remaja mencari erti bagi kehidupan dan makna bagi kebahagiaan. Membina idealisme memang menjadi resam fikir dan tabiat remaja. Tanpa idealisme remaja hilang impian dan tandus cita-cita.

Idealisme harus diimbangi dengan pemahaman terhadap realiti. Memahami realiti amat penting supaya dalam membina sesuatu strategi pelaksanaan, faktor idealisme dan realiti diseimbangkan. Menjadi seorang remaja yang idealis sekali gus mesti menjadikan remaja yang realis iaitu peka terhadap realiti. Idealisme memberikan pedoman dan arah tuju tentang sesuatu. Idealisme tanpa pemahaman terhadap realiti ibarat kiambang yang indah bunganya di permukaan air tetapi akarnya tidak berjejak di bumi dan bila dilanda arus deras kiambang itu mungkin hanyut. Memahami realiti mesti ada idealisme. Tanpa idealisme , remaja akan kehilangan pedoman yang baik, pemikiran yang jelas dan arah tuju yang terbimbing.

Mempunyai idealisme bermakna pemikiran remaja jadi subur dan berkembang. Selalunya idealisme bermula dengan angan-angan dan cita-cita. Bila angan-angan menjadi tekad dan cita-cita menjadi azam, idealisme mula mengambil tempat. Biasanya para remaja amat suka benda-benda yang ideal dan suka membayangkan sesuatu yang cukup sempurna dan indah. Tanpa asas ilmu yang kuat, asas pemikiran yang mantap, pemahaman terhadap realiti, idealisme bakal tinggal sebagai idealisme. Idealisme hanya boleh berjalan sekiranya para remaja memahami realiti sesuatu supaya wujud perimbangan yang baik antara upaya melaksana dengan strategi yang di bina. Ada ketikanya bila idealisme tinggi, keupayaan melaksanakannya rendah, hasilnya tidak sebanyak mana. Ada kalanya bila idealisme terlalu rendah, tuntutan terhadap realiti amat tinggi menyebabkan keupayaan melaksana kehilangan arah dan membangkitkan masalah.
Tidak salah bagi seseorang remaja bercita-cita menjadi seorang doktor, jurutera atau saintis pada masa depan asal saja para remaja membuat perancangan yang rapi dan penuh dengan disiplin tentang fokus terhadap ilmu dan pembelajaran, ulang kaji, persiapan mental , spiritual dan fizikal. Apalagi untuk menjadi seorang yang pakar dalam pengkhususan tertentu ia memerlukan dayausaha yang tinggi, ketekunan dan kesungguhan yang luar biasa.
Tidak salah juga bagi seseorang remaja bercita-cita untuk menjadi pemimpin negara dan pemimpin umat Islam pada masa depan asal saja idealisme itu dibina berasaskan penguasaan ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem dengan baik dan seimbang di samping membina kekuatan peribadi dan upaya bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Tidak ada jalan singkat sesuatu idealisme boleh menjadi realiti. Sesuatu yang baik memerlukan juga suasana yang baik untuk ia berkembang subur. Sesuatu yang baik dilontarkan dalam realiti yang tidak baik tanpa adanya perancangan dan strategi, keutamaan dan fokus, kebaikan itu boleh hilang begitu saja. Tetapi kebaikan yang dilontarkan dalam suasana yang baik lebih mudah penerimaannya. Namun tidak semua keadaan adalah kondusif untuk idealisme berkembang. Ia menuntut pemikiran strategik supaya idealisme tidak padam tetapi pemahaman terhadap realiti membolehkan pendekatan berjalan dan kesan berlaku.

Akidah

Rasulullah s.a.w. dalam membangunkan akidah umat di Mekah, menghadapi realiti yang amat mencabar. Keteguhan sistem berhala yang membawa kekentalan syirik di kalangan musyrikin Mekah tidak mudah untuk ditembusi. Lalu Rasulullah membina strategi dakwah dengan memulakan seruan kepada keluarga terdekat, kemudian berkembang di kalangan sahabat dan akhirnya di kalangan awam. Bila asas kejayaan sudah ada, tentangan mula diperhebatkan dan akhirnya musyrikin Mekah mengambil keputusan untuk menghapuskan Baginda s.a.w..
Rasullullah tidak panik sebaliknya mengatur strategi berhijrah ke Madinah. Baginda mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar supaya wujud talian hubungan antara faktor Madinah dengan faktor Mekah untuk perjuangan nafas panjang. Bila Madinah menjadi contoh terbaik, Rasulullah ingin kembali semula ke Mekah, tersekat di Hudaibiah dan akhirnya berjaya kembali ke Mekah dengan kekuatan yang lebih. Peristiwa ini amat penting diteliti oleh para remaja bahawa tidak salah memiliki cita-cita unggul yang diredai Allah tetapi ia harus berlaku dengan perancangan yang teliti, strategi bijaksana dan rasa tolak ansur yang tinggi dan tidak melupakan azam dan tekad untuk membawa kembali umat manusia kepada hidup beragama yang fitrah.

Islam adalah agama yang amat ideal dan sempurna. Tetapi pemeluknya pada hari ini tidak sesempurna agamanya. Pada masa lalu umat Islam mempunyai Nabi dan Rasul untuk memberikan pimpinan dan contoh yang langsung. Kemudian diikuti oleh para sahabat Nabi, para tabie-tabieen, para solaf as soleh, para ulamak dan ilmuan yang tersohor dalam bidang dan lapangan masing-masing. Sebab itu mereka mampu melahirkan tamadun contoh dan Barat terhutang ilmu kepada umat Islam.

Realiti umat Islam pada hari ini amat terpengaruh dengan cara hidup Barat, faham kebendaan yang semakin meningkat, amalan hedonestik yang semakin tinggi, prestasi ekonomi yang tidak membanggakan, masih kekal sebagai masyarakat pengguna bukan masyarakat penyumbang, masalah sosio-budaya yang parah, dilihat negatif oleh orang lain dan terus berbalah dalam pelbagai isu dan hilang daya kepimpinan dan arah tuju.
Tidak salah bagi remaja hari ini membina semula idealisme unggul untuk memperkasa umat Islam supaya mereka disegani dan dihormati dan dijadikan contoh oleh orang lain. Titik mulanya ialah membangunkan ilmu yang sepadu. Tanpa ilmu yang sepadu tidak mungkin ia bakal melahirkan peribadi-peribadi remaja yang seimbang iaitu hebat kekuatan peribadinya dan unggul kekuatan ilmu akademik , sains dan teknologi.

Reflektif

Remaja Islam hari ini dituntut tidak hanya nostalgik tentang pencapaian silam umat Islam dalam membina tamadun contoh. Remaja Islam harus reflektif tentang kehebatan silam dengan meneliti pra-syarat yang menyebabkan mereka tersohor. Antara faktornya ialah upaya penyelidikan yang tinggi menggabungkan kekuatan akal dengan melakukan tadabbur atau kaji selidik di pedoman oleh al-Quran yang menjadi sumber hikmah yang amat bernilai. Darinya lahir karya-karya besar dan asli dalam bidang matematik, sains, perubatan, falsafah dan logik yang melonjakkan imej Islam sebagai umat contoh.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sedang melakukan percubaan membina idealisme ini dengan mengambil hampir 150 pelajar terbaik setiap tahun ke program 18 bulan Tahfiz Quran di Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Pelajar ini apabila tamat, disalurkan pula ke Kuliyyah Perubatan, Farmasi, Sains, Kejuruteraan, Ekonomi dan lain-lain. Diharapkan pelajar-pelajar terbaik ini bukan saja menguasai ilmu al-Quran tetapi menjadikan sumber itu untuk meneliti kembali kitab-kitab besar Ibn Sina Qanun fit Tib dan kitab-kitab Al Gebra al Khawarizmi dan kitab-kitab yang lain secara reflektif supaya keinsafan menghubungkan al-Quran sebagai sumber ilmu memandu umat Islam berfikir dan berilmu secara sepadu.

Di tangan remajalah sebenarnya terletak idealisme ini supaya jangka panjangnya ia menjadi suatu realiti. Amat silap bagi remaja melihat umat Islam hari dengan segala masalah dan kekurangannya dengan idealisme yang tinggi tetapi tanpa memiliki strategi dan keutamaan terhadap ilmu dan kepakaran di samping kekuatan peribadi.

Ia harus kembali kepada program bina insan yang terarah dan terancang baik di peringkat keluarga, sistem pendidikan dan juga masyarakat. Sistem pendidikan harus bersifat integratif dalam metodologi pengajaran-pembelajarannya supaya jenis modal insan yang dilahirkan adalah di kalangan mereka yang mampu menghadapi cabaran yang pelbagai. Harus wujud nantinya di kalangan remaja atau bakal menjadi dewasa orang-orang yang memiliki peribadi unggul atau Towering Personality yang mampu meneroka perubahan dan memimpin zaman supaya acuan perubahan yang dibawa ialah berasaskan acuan kita sendiri.

- PROFESOR DR. SIDEK BABA ialah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Tazkirah

Saya mendapat satu tazkirah melalui email rakan.
Hayatilah dan praktis……
Assalamu’alaikum wr wb ..
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatuEid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemudengan Rasulullah SAW untuk meminta Baginda SAW memberi ucapan khususuntuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul diBaabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggilRasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirahseperti berikut:
“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yangdemikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab,“Tidak.Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang bolehmenjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :1. Banyak beristighfar2. Banyak bersedekah.
Keterangan:Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh dibawah:
Contoh 1Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba,akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampusagaknya.”Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanitamemang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakasrumah, hatta suami pun kena sumpah.
Contoh 2Tengah memasak gas habis.. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas.Masa ni jugak nak habis.”Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi berertitidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telahditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorangsuami yang kurang faham suami’. Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorangisteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi disuatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,maka dia akan berkata ,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikanawak”(Terjemahan langsung dari Arab).
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkandengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesenpun']
Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awakini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugurpahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnyaialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana iadapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita kedalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.
Fadhilat beristighfar:a) Sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70x sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).”Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. RasulullahSAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Bagindasendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untukmencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalamamalan-amalan harian kita.
b) Sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar,akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisahyang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazanbererti berdukacita“
c) Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanyadalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasukkesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinyadalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadapkeluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianyabagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, SaidatinaKhadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hatiRasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hatibaginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau.Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelummeminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hariRasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlahsatu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya” .
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernahbersabda, “Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.” Terdapat juga suatusyair
Arab yang berbunyi :“Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.”Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kitabertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapatsifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
Peringatan Terakhir – Melatah:
Bagi wanita yang suka melatah seperti “O pocot”, “O nenek kebayan”, “O sayang” – jangan biarkan diri anda
Melazimkan sebutan-sebutan sepertinya kerana sebutan itu tidak membawa sebarang makna & kebaikan.
Kelaziman sebegitu dari waktu muda akan terbawa ke hari tua. Ubahlah sebutan anda ketika melatah dengan
Menyebut “Subhanallah” – Maha Suci Allah. Sebutan sebegini memberikan pahala dan makna kepada yang menyebut & mendengarnya.
Moga-moga dengan membiasakan diri berzikir, latah anda juga akan turut “berzikir”

Selasa, 23 Jun 2009

Ini catatan web Cina Islam: Menurut catatan resmi dari Dinasti Tang yang berkuasa pada 618-905 M dan berdasarkan catatan serupa dalam buku A Brief Study of the Introduction of Islam to China karya Chen Yuen, Islam pertama kali datang ke China sekitar tahun 30 H atau 651 M. Disebutkan bahwa Islam masuk ke China melalui utusan yang dikirim oleh Khalifah Ustman bin Affan, yang memerintah selama 12 tahun atau pada periode 23-35 H / 644-656 M. Sementara menurut catatan Lui Tschih, penulis Muslim China pada abad ke 18 dalam karyanya Chee Chea Sheehuzoo (Perihal Kehidupan Nabi), Islam dibawa ke China oleh rombongan yang dipimpin Saad bin Abi Waqqas. Sebagian catatan lagi menyebutkan, Islam pertama kali datang ke China dibawa oleh panglima besar Islam, Saad bin Abi Waqqas, bersama sahabat lainnya pada tahun 616M. Catatan tersebut menyebutkan bahwa Saad bin Abi Waqqas dan tiga sahabat lainnya datang ke China dari Abyssinia atau yang sekarang dikenal dengan Etiopia. (kalau dari Afrika mesti jalan laut la yang paling sesuai!)
What is historical reality?

"Historical reality is often too bitter to swallow or too hot to stand. History is a large mirror that reflects the facts of the past, and all that has been etched into the glass of history can never be erased.If you don't like a particular historical fact, you may try to cover it up or forget it, but you can never remove it. An historical fact can be interpreted in a variety of ways, but regardless of the interpretation, the fact will never change"., The Jakarta Post, July 2005.

``qulil haq walau kana murron``-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-
Last point untuk kes hubungan Nusantara & Khilafah, tapi ada 'twist' sket lepas ni...Hehe


Sementara itu, di wilayah Sumatera Barat, Pemerintah Alam Minangkabau yang memanggil dirinya sebagai “Aour Allum Maharaja Diraja” dipercayai adalah adik lelaki sultan Ruhum (Rum). Orang Minangkabau percaya bahawa pemerintah pertama mereka adalah keturunan Khalifah Rum (Utsmani) yang ditugaskan untuk menjadi Syarif di wilayah tersebut. Ini memberikan maklumat bahawa kesultanan tersebut memiliki hubungan dengan Khilafah Uthmaniyah. Di samping adanya hubungan langsung dengan Khilafah Uthmaniyah, ada beberapa kesultanan yang berhubungan secara tidak langsung, misalnya kesultanan Ternate. Pada tahun 1570an, ketika perang Soya-soya melawan Portugis, Sultan Ternate, Baabullah, dibantu oleh para sangaji dari Nusa Tenggara yang terkenal dengan armada perahu dan Demak dengan askar Jawa. Begitu juga Aceh dengan armada laut yang perkasa dan kekuatan 30,000 buah kapal perang telah menyekat pelabuhan Sumatera dan menyekat pengiriman bahan makanan dan peluru Portugis melalui India dan Selat Melaka. Musuh Ternate adalah musuh Demak. Berdasarkan beberapa hakikat ini jelas bahawa kesultanan Islam di Nusantara memiliki hubungan dengan Khilafah Utsmaniyah. Bentuk hubungan tersebut berbentuk perdagangan, ketenteraan, politik, dakwah, dan kekuasaan.
THE END BEGINS...!
Menurut sumber Aceh, Sultan Iskandar Muda (1016-1046 H/1607-1636 M) mengirimkan armada kecil yang terdiri dari tiga buah kapal. Ia tiba di Istanbul setelah belayar dua setengah tahun melalui Tanjung Harapan. Ketika misi ini mereka kembali ke Aceh dengan bantuan senjata, pakar tentera, dan sepucuk surat tentang persahabatan Uthmani dan hubungannya dengan Aceh. 12 pakar tentera itu dipanggil sebagai pahlawan di Aceh. Mereka juga dikatakan begitu ahli sehingga mampu membantu Sultan Iskandar Muda, tidak hanya dalam membina benteng yang kukuh di Banda Aceh, tetapi juga untuk membina istana kesultanan. Kesan kejayaan Khilafah Utsmaniyah menghalang Portugis di Lautan Hindi tersebut amat besar. Diantaranya mampu mempertahankan tempat-tempat suci dan jalan-jalan untuk menunaikan haji; kesinambungan pertukaran barang-barang India dengan pedagang Eropah di pasar Aleppo (Syria), Kaherah, dan Istanbul; serta kesinambungan laluan perdagangan antara India dan Indonesia dengan Timur Jauh melalui Teluk Arab dan Laut Merah. Hubungan beberapa kesultanan di Nusantara dengan Khilafah Uthmaniyah yang berpusat di Turki nampak jelas. Misalnya, Islam masuk Buton (Sulawesi Selatan) abad 16M. Silsilah Raja-Raja Buton menunjukkan bahawa setelah masuk Islam, Lakilaponto dilantik menjadi ‘sultan’ dengan gelar Qaim ad-Din (penegak agama) yang dilantik oleh Syekh Abd al-Wahid dari Mekah. Sejak itu, dia dikenali sebagai Sultan Marhum dan semenjak itu juga nama sultan disebut dalam khutbah Jumaat. Menurut sumber setempat, penggunaan gelaran ‘sultan’ ini berlaku setelah dipersetujui Khilafah Uthmaniyah (ada juga yang mengatakan dari penguasa Mekah). Syeikh Wahid mengirim khabar kepada Khalifah di Turki. Realiti ini menunjukkan Mekah berada dalam kepemimpinan Khilafah, dan Buton memiliki hubungan ‘struktur’ secara tidak kuat dengan Khilafah Turki Utsmani melalui perantaraan Syekh Wahid dari Mekah.
...Sikittt je lagi...
Nur Al-Din Al-Raniri dalam Bustan Al-Salathin meriwayatkan, Sultan Ala Al-Din Riayat Syah Al-Qahhar mengirim utusan ke Istanbul untuk mengadap Khalifah. Utusan ini bernama Huseyn Effendi yang fasih berbahasa Arab. Ia datang ke Turki setelah menunaikan ibadah haji. Pada Jun 1562 M, utusan Aceh itu tiba di Istanbul untuk meminta bantuan ketenteraan Uthmaniyah untuk menghadapi Portugis. Duta itu dapat mengelak dari serangan Portugis dan sampai di Istanbul, ia mendapat bantuan Khilafah, dan menolong Aceh membangkitkan askarnya sehingga dapat menakluk Aru dan Johor pada 973 H/1564 M. Hubungan Aceh dengan Khilafah terus berlanjutan, terutama untuk menjaga keamanan Aceh dari serangan Portugis. Menurut seorang penulis Aceh, pengganti Al-Qahhar Ke2 iaitu Sultan Mansyur Syah (985-998 H/1577-1588 M) memperbaharui hubungan politik dan ketenteraan dengan Khilafah. Hal ini disahkan oleh sumber sejarah Portugis. Uskup Jorge de Lemos, setiausaha Raja Muda Portugis di Goa, pada tahun 993 H/1585 M, melaporkan kepada Lisbon bahawa Aceh telah kembali berhubungan dengan Khalifah Utsmani untuk mendapatkan bantuan ketenteraan untuk melancarkan peperangan baru terhadap Portugis. Pemerintah Aceh berikutnya, Sultan Ala Al-Din Riayat Syah (988-1013 H/1588-1604 M) juga dilaporkan telah melanjutkan lagi hubungan politik dengan Turki. Bahkan, Khilafah Uthmaniyah dikatakan telah mengirim sebuah bintang kehormat kepada Sultan Aceh, dan mengizinkan kapal-kapal Aceh untuk mengibarkan bendera Khilafah. Hubungan akrab antara Acheh dan Khilafah Othmaniah telah berperanan mempertahankan kemerdekaannya selama lebih 300 tahun. Kapal-kapal atau perahu yang digunakan Aceh dalam setiap peperangan terdiri dari kapal kecil yang laju dan kapal-kapal besar. Kapal-kapal besar atau tongkang yang mengarungi lautan hingga Jeddah berasal dari Turki, India, dan Gujerat. Dua daerah ini merupakan wilayah Khilafah Uthmaniyah. Menurut Court, kapal-kapal ini cukup besar, berukuran 500 sampai 2000 tan. Kapal-kapal besar dari Turki dilengkapi meriam dan senjata lain digunakan Aceh untuk menyerang penjajah Eropah yang mengganggu wilayah-wilayah muslim di Nusantara. Aceh tampil sebagai kekuatan besar yang amat ditakuti Portugis kerana diperkuat oleh pakar senjata dari Turki sebagai bantuan Khilafah kepada Aceh.
Nak baca,baca, tak mau sudah...hehe

BENTUK-BENTUK HUBUNGAN


Portugis meluaskan pengaruhnya bukan hanya ke Timur Tengah tetapi juga ke Samudera India. Raja Portugis Emanuel I secara terang-terangan menyampaikan tujuan utama ekspedisi tersebut dengan mengatakan; “Sesungguhnya tujuan dari pencarian jalan laut ke India adalah untuk menyebarkan agama Kristian, dan merampas kekayaan orang-orang Timur”. Khilafah Uthmaniyah tidak berdiam diri. Pada tahun 925H/1519 M, Portugis di Melaka digemparkan oleh berita tentang penghantaran armada ‘Utsmani’ untuk membebaskan Muslim Melaka dari penjajahan kafir. Khabar ini tentu saja sangat menggembirakan umat Islam setempat. Ketika Sultan Ala Al-Din Riayat Syah Al-Qahhar naik takhta di Aceh pada tahun 943 H/1537 M, ia menyedari keperluan Aceh untuk meminta bantuan ketenteraan dari Turki. Bukan hanya untuk mengusir Portugis di Melaka, tetapi juga untuk menakluk wilayah lain, khususnya daerah pedalaman Sumatera, seperti daerah Batak. Al-Qahhar menggunakan pasukan Turki, Arab dan Habsyah. Pasukan Khilafah 160 orang dan 200 orang askar dari Malabar, membentuk kelompok elit angkatan bersenjata Aceh. Al-Kahhar selanjutnya mengerahkan untuk menakluk wilayah Batak di pedalaman Sumatera pada 946 H/1539 M. Mendez Pinto, yang mengamati perang antara pasukan Aceh dengan Batak, melaporkan kembalinya armada Aceh di bawah komando seorang Turki bernama Hamid Khan, anak saudara Pasya Utsmani di Kaherah. Seorang sejarawan Universiti Kebangsaan Malaysia, Lukman Taib, mengakui adanya bantuan Khilafah Uthmaniyah dalam penaklukan terhadap wilayah sekitar Aceh. Menurut Taib, perkara ini merupakan ungkapan perpaduan umat Islam yang memungkinkan Khilafah Uthmaniyah melakukan serangan langsung terhadap wilayah sekitar Aceh. Bahkan, Khilafah mendirikan akademi tentera di Aceh bernama ‘Askeri Beytul Mukaddes’ yang diubah menjadi ‘Askar Baitul Maqdis’ yang lebih sesuai dengan loghat Aceh. Maktab ketenteraan ini merupakan pusat yang melahirkan pahlawan dalam sejarah Aceh dan Indonesia. Demikianlah, hubungan Aceh dengan Khilafah yang sangat akrab. Aceh merupakan sebahagian dari wilayah Khilafah. Persoalan umat Islam Aceh dianggap Khilafah sebagai persoalan dalam negeri yang mesti segera diselesaikan.
Tambak Johorrrr, Tanjung Puteriiii, Selat Teberauu, airnya biruu...
Berkaitan dengan mengamankan laluan haji, Selman Reis (936H/1528M), laksamana Khilafah Uthmaniyah di Laut Merah, terus memantau pergerakan Portugis di Lautan Hindia, dan melaporkannya ke pusat pemerintahan di Istanbul. Salah satu bunyi laporan yang dikutip Obazan ialah seperti berikut: “(Portugis) juga menguasai pelabuhan (Pasai) di pulau besar yang disebut Syamatirah (Sumatera)… Dikatakan, mereka mempunyai 200 orang kafir di sana (Pasai). Dengan 200 orang kafir, mereka juga menguasai pelabuhan Melaka yang berhadapan dengan Sumatera…. Oleh itu, ketika kapal-kapal kita sudah siap dan, insyaAllah, bergerak melawan mereka, maka kehancuran menyeluruh mereka tidak dapat dielakkan lagi, kerana satu benteng tidak boleh menyokong yang lain, dan mereka tidak dapat membentuk penentangan yang bersepadu.” Laporan ini memang cukup beralasan, kerana pada tahun 941 H/1534 M, sebuah skuadron Portugis yang diketuai oleh Diego da Silveira menghadang beberapa kapal dari Gujarat dan Aceh melalui Selat Bab el-Mandeb di Muara Laut Merah.
Rilek arr..jangan marahh...
Klekak...

PENJAGA PERJALANAN HAJI NUSANTARA


Kedudukan Khilafah Uthmaniyah sebagai khilafah Islam, terutama setelah ‘futuhat’(pembukaan) ke atas Istanbul (Konstantinopel), ibunegeri Rom Timur, pada 857 H/1453 M, telah menyebabkan nama Turki melekat di hati umat Islam Nusantara. Nama yang terkenal bagi Turki di Nusantara ialah “Sultan Rum”. Istilah “Rum” tersebar sebagai sebutan kepada Kesultanan Turki Utsmani. Mulai ketika itu, kekuatan politik dan budaya Rum (Turki Utsmani) tersebar ke berbagai wilayah Dunia Muslim, termasuk ke alam Melayu. Kekuatan politik dan ketenteraan Khilafah Utsmaniyah mulai terasa di kawasan lautan India pada awal abad ke-16. Sebagai khalifah kaum Muslim, Turki Utsmani memiliki kedudukan sebagai ‘khadimul haramayn’ (penjaga dua tanah haram, iaitu Mekah dan Madinah). Pada kedudukan ini, para Sultan Utsmani mengambil langkah-langkah khusus untuk menjamin keamanan bagi perjalanan haji. Seluruh laluan haji di wilayah kekuasaan Utsmani ditempatkan di bawah kawalannya. Rombongan haji dapat menuju Mekah tanpa halangan atau rasa takut menghadapi gangguan Portugis. Pada 954 H/1538 M, Sultan Sulayman I (berkuasa 928 H/1520-1566 M) mengirimkan armada yang kuat di bawah Gabenor Mesir, Khadim Sulayman Pasya, untuk membebaskan semua pelabuhan yang dikuasai Portugis untuk mengamankan perjalanan haji ke Jeddah. Khilafah Uthmaniyah juga mengamankan laluan jamaah haji dari wilayah sebelah Barat Sumatera dengan menempatkan angkatan lautnya di Samudera Hindia. Kehadiran angkatan laut Utsmani di Lautan Hindia pada 904 H/1498 M tidak hanya mengamankan perjalanan haji bagi umat Islam Nusantara, tetapi juga mengakibatkan semakin besarnya penglibatan Turki dalam perdagangan di kawasan ini. Ini memberi sumbangan penting bagi pertumbuhan kegiatan ekonomi sebagai kesan sampingan perjalanan ibadah haji. Pada saat yang sama Portugis juga meningkatkan kehadiran armadanya di Lautan India, tapi angkatan laut Utsmani mampu menegakkan kekuatannya di kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, dan Lautan India sepanjang abad ke-16.
...amboi, bila nak abis ni?
Handal sungguh hangpa membaca...
Dalam ilmu politik Islam klasik, dunia ini terbahagi dua, yaitu Dar al-Islam dan Dar al-Harb. Dar al-Islam merupakan daerah yang diterapkan hukum Islam dan keamanannya ada pada tangan kaum Muslim[/]. Sedangkan Dar al-Harb adalah lawan dari kata Dar al-Islam. Penggunaan istilah [b]“Dar al-Islam” atau “Dar al-Salam” menunjukkan bahawa para pemerintah Melayu menerima konsep geopolitik Islam tentang pembahagian dua wilayah dunia itu. Konsep geopolitik ini semakin jelas ketika bangsa-bangsa Eropah —dimulai oleh “bangsa Peringgi” (Portugis) yang kemudian disusul bangsa-bangsa Eropah lainnya, khususnya Belanda dan Inggeris— mulai bermaharajalela di kawasan Lautan India dan Selat Melaka (Sulalat al-Salatin, 1979:244-246). Mereka melakukan penjajahan fizikal dan menyebarkan agama Kristian. Khilafah Turki Uthmaniyah, seperti disebutkan oleh orientalis, Hurgronje (1994, halaman 1631), bersifat pro-aktif dalam memberikan perhatian kepada penderitaan kaum Muslim di Indonesia dengan cara membuka perwakilan pemerintahannya (konsulat) di Batavia pada akhir abad ke-19. Para kedutaan Turki berjanji kepada umat Islam yang ada di Batavia untuk memperjuangkan pembebasan hak-hak orang-orang Arab sederajat dengan orang-orang Eropah. Selain itu, Turki juga akan berusaha supaya seluruh kaum Muslim di Hindia Belanda bebas dari penindasan Belanda. Lebih dari semua itu, Aceh banyak didatangi para ulama dari berbagai belahan dunia Islam lainnya. Syarif Mekah mengirim utusannya ke Aceh seorang ulama bernama Syekh Abdullah Kan’an sebagai guru dan muballigh. Sekitar tahun 1582, datang 2 orang ulama besar dari negeri Arab, yakni Syekh Abdul Khayr dan Syekh Muhammad Yamani. Di samping itu, di Aceh sendiri lahir sejumlah ulama besar, seperti Syamsuddin Al-Sumatrani dan Abdul Rauf al-Singkeli. Abdul Rauf Singkel mendapat tawaran dari Sultan Aceh, Safiyat al-Din Shah menjadi Kadi dengan gelaran Qadi al-Malik al-Adil yang kosong kerana Nur al-Din Al-Raniri kembali ke Ranir (Gujarat). Setelah melakukan berbagai pertimbangan, Abdul Rauf menerima tawaran tersebut. Beliau menjadi qadi dengan sebutan Qadi al-Malik al-Adil. Abdul Rauf telah diminta oleh Sultan untuk menulis sebuah kitab sebagai rujukan (qaanun) penerapan syariat Islam. Buku tersebut kemudian diberi judul Mir’at al-Tullab. Berbagai kenyataan sejarah tadi menegaskan adanya pengakuan dan hubungan erat antara Alam Melayu dengan Khilafah Uthmaniyah. Bahkan, bukan hanya hubungan persaudaraan atau persahabatan tetapi adalah hubungan ‘kesatuan’ sebahagian dari Khilafah Utsmaniyah (Dar al-Islam).
Minum kopi sat...
...Larat ka nak baca lagi ni?

Sulayman Al-Qanuni wafat pada tahun 974 H/1566 M tetapi permintaan Aceh mendapat sokongan Sultan Selim II (974-982 H/1566-1574 M), dengan mengeluarkan perintah kesultanan untuk menghantar sepasukan besar tentera ke Aceh. Sekitar September 975 H/1567 M, Laksamana Turki di Suez, Kurtoglu Hizir Reis, diperintahkan berlayar menuju Aceh dengan sejumlah pakar senjata, tentera dan meriam. Pasukan ini diperintahkan berada di Aceh selama mana yang diperlukan oleh Sultan. Namun dalam perjalanan, hanya sebahagian armada besar ini yang sampai ke Aceh kerana dialihkan untuk memadamkan pemberontakan di Yaman yang berakhir tahun 979 H/1571 M. Menurut catatan sejarah, pasukan Turki yang tiba di Aceh pada tahun 1566-1577 M sebanyak 500 orang, termasuk pakar senjata, penembak, dan pakar teknikal. Dengan bantuan ini, Aceh menyerang Portugis di Melaka pada tahun 1568 M. Kehadiran armada tentera Kurtoglu Hizir Reis disambut dengan sukacita oleh umat Islam Aceh. Mereka disambut dengan upacara besar. Kurtoglu Hizir Reis kemudian digelar sebagai gabenor (wali) Aceh yang merupakan utusan rasmi khalifah yang ditempatkan di daerah tersebut. Ini menunjukkan bahawa hubungan Nusantara dengan Khilafah Utsmaniyah bukanlah hanya hubungan persaudaraan melainkan hubungan politik kenegaraan. Adanya wali Turki di Aceh lebih mengisyaratkan bahawa Aceh merupakan sebahagian dari Khilafah Islamiyah. Banyak institusi politik melayu di Nusantara mendapatkan gelaran sultan dari pemerintah tertentu di Timur Tengah. Pada tahun 1048H/1638 M, pemimpin Banten, Abd al-Qodir (berkuasa 1037-1063H/1626-1651) dianugerahkan gelaran sultan oleh Syarif Mekah sebagai hasil dari misi khusus yang dikirim olehnya untuk tujuan itu ke Tanah Suci. Sementara itu, kesultanan Aceh terkenal mempunyai hubungan erat dengan pemerintah Turki Ustmani dan Haramain. Begitu juga Palembang (Sumatera) dan Makasar yang turut menjalin hubungan khusus dengan penguasa Mekah. Pada ketika itu, para penguasa Mekah merupakan sebahagian dari Khilafah Utsmaniyah yang berpusat di Turki. Dari penggunaan istilah, kesultanan Islam di Nusantara sering mengaitkan dirinya dan tidak terpisah dari kekhalifahan. Beberapa kitab Jawi klasik mencatatkan perkara ini. Hikayat Raja-raja Pasai (hal. 58, 61-62, 64), misalnya, memanggil ]nama rasmi kesultanan Samudra Pasai sebagai “Samudera Dar al-Islam”.[/b] Istilah Dar al-Islam juga digunakan di dalam kitab Undang-undang Pahang untuk memanggil kesultanan Pahang. Nur al-Din al-Raniri, dalam Bustan al-Salatin (misalnya, pada hlm. 31, 32, 47), menyebut kesultanan Aceh sebagai Dar al-Salam. Istilah ini juga digunakan di Pattani ketika pemimpin setempat, Paya Tu Naqpa, masuk Islam dan mengambil nama Sultan Ismail Shah Zill Allah fi-Alam yang bertakhta di negeri Pattani Dar al-Salam (Hikayat Patani, 1970:75).
Kesian penat membaca...

Sejarah yang disembunyikan

Pelabuhan-pelabuhan di Kepulauan Melayu atau Nusantara yang sibuk dalam Kurun Masehi 7 ialah tempat-tempat seperti Palembang, Melayu (Jambi), Lamuri (Acheh), Pasai, Perlak, Barus di Sumatera; Taruma , Kediri , Mataram dan Singgora di Jawa; Pulau Nicobar dan Andaman, Trang, Takuapa dan Patani, Langkasuka, Senggora, Legor (Jakut), Phatalung dan Kalah (Kedah) di utara Semenanjung. Inilah diantara pelabuhan-pelabuhan di Kepulauan Melayu dalam KM 7. Pada tahun 30 Hijriyah atau 651 masehi, Khalifah Usman bin Affan mengirim delegasi ke Cina. delegasi tersebut bertugas memperkenalkan agama islam. Waktu itu hanya berselang sekitar 20 tahun dari wafatnya Rasulullah SAW. dalam perjalanan laut yang memakan waktu empat tahun ini, para utusan usman ternyata sempat singgah di Kepulauan Nusantara. Beberapa tahun kemudian, tepatnya tahun 674 Masehi, Dinasti Umayyah telah mendirikan pangkalan dagang di pantai barat sumatra Orang Melayu yang sibuk bersama saudagar-saudagar Arab menarik perhatian Khalifah Umar bin Abdul Aziz (717 - 720) di Damsyik dan menimbulkan hasrat baginda mengutus surat ke Srivijaya supaya rajanya memeluk Islam. Pada 718 Masihi, Raja Srindra Warman memeluk Islam di Jambi. Pada tahun 126 Masihi pula, Raja Jay Sima iaitu putera kepada Ratu Sima, Raja Kalingga Jawa Timur turut memeluk agama Islam. Orang-orang Arab yang berkampung halaman di Pantai Barat Sumatera sejak 674 turut memainkan peranan mereka. Kesultanan Perlak,kerajaan Islam pertama di nusantara 840 hingga 1292 Masehi Di bawah ini merupakan nama-nama sultan yang memerintah kerajaan perlak ; - Sultan Alaiddin Sayid Maulana Abdul Azis Syah (840 – 864 - Sultan Alaiddin Sayid Maulana Abdul Rahim Syah (864 – 888) - Sultan Alaiddin Sayid Maulana Abbas Syah (888 – 913) - Sultan Alaiddin Sayid Maulana Ali Mughat Syah (915 – 918) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdul Kadir (928 – 932) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin (932 – 956) - Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Malik (956 – 983) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik Ibrahim (986 – 1023) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik Mahmud (1023 – 1059) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik mansur (1059 – 1078) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdullah (1078 – 1109) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik Ahmad (1109 – 1135) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik mahmud (1135 – 1160) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad (1173 – 1200) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdul Jalil (1200 – 1230) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin (1230 – 1267) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdul Aziz (1267 – 1292) Sejarawan dari Indonesia menarik perhatian bahawa ada seorang Sultan di Semenanjung Melaka, maksudnya Semenanjung Malaysia, bernama Sultan Muhammad Syah sezaman dengan Sultan Perlak yang bernama Sultan Makhdum Alauddin Malik Muhammad Amin Syah Johan Berdaulat (1225 - 1263). Sultan Muhammad Syah telah berkahwin dengan puteri Sultan Perlak ini yang bernama Puteri Ratna Mala; dan adik puteri ini telah berkahwin dengan Sultan Malik us-Salih Samudera-Pasai (1262 - 1289). Sejarawan di Indonesia berpendapat Sultan Muhammad Syah telah memainkan peranan besar membangunkan Islam di Semenanjung Melaka. Dalam pengetahuan kita, negeri Islam yang wujud di Semenanjung Melaka atau di Malaysia masa itu hanya Kedah. Sultan Kedah pada masa itu ialah Sultan yang ketiga: Sultan Muhammad Syah (1201 - 1236) ibni Sultan Muazzam Syah ibni Sultan Muzaffar Syah. Kemungkinan Sultan Muzaffar Syah Kedah yang berkahwin dengan Puteri Ratna Gemala amat besar. Negeri Kedah pada zaman ini lebih luas kawasannya dari Kedah sekarang. Sempadan Kedah di selatannya ialah "di hujung Melaka dan Beruas". Hubungan Kedah dengan Perlak dan Samudera-Pasai amat rapat. Dalam bulan September 1982, orang bertemu sebutir bejana tembikar penuh duit syiling perak di Pulau Langkawi. Setiap kepingnya bertulis "Muhammad Syah" dan di sebelah lagi bertulis "al-Sultan al-Qadah". Duit itu ialah duit Kedah sebelum 1236, duit zaman Sultan Mahmud Syah.
Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1303

Sejarah yang disembunyikan

...tersambung

PENGAKUAN ALAM MELAYU TERHADAP KHILAFAH ISLAMIYAH

Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdirinya Khilafah (Daulah Islamiyah). Kejayaan umat Islam mengalahkan Kerajaan Parsi (Iran) dan menduduki sebahagian besar wilayah Rom Timur, seperti Mesir, Syria, dan Palestin, di bawah kepemimpinan Umar bin al-Khattab telah menempatkan Daulah Islamiyah sebagai kuasa besar dunia sejak abad ke-7 M. Ketika Khilafah diperintah Bani Umayyah (660-749 M), pemerintah di Nusantara -yang masih beragama Hindu sekalipun – mengakui kebesaran Khilafah. Pengakuan terhadap kebesaran khalifah dibuktikan dengan adanya 2 pucuk surat yang dikirim oleh Maharaja Srivijaya kepada Khalifah di zaman Bani Umayyah. Surat pertama dikirim kepada Muawiyyah, dan surat kedua dikirim kepada Umar bin Abdul Aziz. Surat pertama ditemui dalam sebuah diwan (arkib) Bani Umayyah oleh Abdul Malik bin Umayr yang disampaikan melalui Abu Ya’yub Ats-Tsaqofi, yang kemudian disampaikan melalui Al-Haytsam bin Adi. Al-Jahizh yang mendengar surat itu dari Al-Haytsam menceritakan pendahuluan surat itu sebagai berikut: “Dari Raja Al-Hind yang kandang binatangnya berisikan seribu gajah, (dan) yang istananya dibuat dari emas dan perak, yang dilayani putri raja-raja, dan yang memiliki dua sungai besar yang mengairi pohon gaharu, kepada Muawiyah………” Surat kedua didokumentasikan oleh Abd Rabbih (246-329 H/860-940 M) dalam karyanya Al-Iqd Al-Farid. Petikan surat tersebut adalah seperti berikut: “Dari Raja di Raja…; yang adalah keturunan seribu raja … kepada Raja Arab (Umar bin Abdul Aziz) yang tidak menyekutukan tuhan-tuhan lain dengan Tuhan. Saya telah mengirimkan kepada Anda hadiah, yang sebenarnya merupakan hadiah yang tak begitu banyak, tetapi sekadar tanda persahabatan; dan saya ingin Anda mengirimkan kepada saya seseorang yang dapat mengajarkan Islam kepada saya, dan menjelaskan kepada saya hukum-hukumnya.” Selain itu, Farooqi menemui sebuah arkib Utsmani yang mengandungi sebuah petisi dari Sultan Ala Al-Din Riayat Syah kepada Sultan Sulayman Al-Qanuni yang dibawa oleh Huseyn Effendi. Dalam surat ini, Aceh mengakui pemimpin Utsmani sebagai Khalifah Islam. Selain itu, surat ini juga mengandungi laporan tentang kegiatan askar Portugis yang menimbulkan masalah besar terhadap pedagang muslim dan jamaah haji dalam perjalanan ke Mekah. Oleh itu, bantuan Utsmani amat diperlukan untuk menyelamatkan kaum Muslim yang terus di serang oleh Farangi (Portugis) kafir.
Aisey...sambung lagi...

Sejarah yang disembunyikan

...Disambung

Hubungan Sultan Abu Bakar dengan Sultan Abdul Hamid Ke-2 tetap merujuk kepada Khilafah. Sultan Abdul Hamid Ke-2 telah menjalin hubungan keluarga dengan mengurniakan dua orang wanita Turki, Khadijah Hanim untuk bernikah dengan Sultan Abu Bakar dan Ruqaiyah Hanim untuk bernikah dengan Engku Majid bin Temenggung Ibrahim (adinda Sultan Abu Bakar). Mereka dari wanita-wanita kesayangan ibu sultan dan isteri sultan. Tugasnya sebagai pengelola di istana Khilafah. Kebanyakan mereka dari Kaukasia (utara Turki, kini Georgia, Rusia). Jauh sebelum merdeka dari penjajahan fizikal (ketenteraan) di alam Melayu telah berdiri pusat-pusat kekuasaan Islam yang berbentuk kesultanan. Mulai dari kesultanan Aceh yang terletak di hujung barat, kesultanan Melaka, kesultanan Johor, hingga kesultanan Ternate di hujung timur. Berbagai catatan sejarah membuktikan bahawa kesultanan-kesultanan Islam tersebut bukan berdiri sendiri, melainkan mempunyai hubungan sangat erat dengan Khilafah Islamiyah, khususnya Khilafah Utsmaniyah yang berpusat di Turki. Tulisan ini akan mengulas secara ringkas beberapa bukti sejarah yang menggambarkan hubungan kesatuan antara kesultanan-kesultanan Islam di wilayah Nusantara dengan Khilafah Islamiyah.
Sambung lagi...

sejarah yang disembunyikan.

KHILAFAH ISLAMIYAH & ALAM MELAYU
“SEJARAH YANG DISEMBUNYIKAN”

Dr. Sallehuddin Ibrahim

Ikatan Intelektual Nusantara, [IKIN]

Seorang orientalis, Profesor William R. Roff (University of Edinburgh, Scotland), berkata bahawa ada keinginan besar di kalangan pengkaji Barat sejak penjajahan sehingga ketika ini untuk mengurangkan peranan Islam dan peranan Khilafah di kalangan masyarakat Muslim di alam Melayu. Malangnya ada tokoh politik, pemikir dan sejarawan Muslim yang terpengaruh dengan Barat sehingga mereka menyembunyikan malah ada yang menghina Khilafah. Profesor Anthony Reid yang banyak membuat kajian tentang hubungan Khilafah dan Alam Melayu mengatakan, “Untuk Muslim Asia Tenggara, Khilafah Uthmaniyah yang terletak jauh di Turki mewakili suatu impian; keinginan untuk bernaung di bawah kekuasaan Islam ketika berlaku kemerosotan politik Islam. Tetapi terdapat tempoh penting yang menyaksikan impian itu mendatangkan kesan politik yang nyata” Beliau juga menegaskan,“Tidak perlu lagi diperkatakan bahawa impian supaya wujud kuasa Muslim yang kuat lagi maju terus memberi ilham kepada Muslim di mana-mana yang merasakan mereka lemah dan dijajah. Khilafah Uthmaniyah tersemat dalam hati mereka selama 400 tahun.” Jika dilihat asal-usul Johor, ia berasal dari perkataan Arab ‘Jauhar’ yang bermakna permata. Hubungan Johor dengan Khilafah amat akrab khususnya sejak 1885 (Johor diperintah oleh Sultan Abu Bakar) hingga 1922 (Johor diperintah Sultan Ibrahim). Beberapa buah bangunan khasnya istana-istana dan masjid-masjid dipengaruhi oleh bentuk-bentuk bangunan lama di wilayah Khilafah. Pada 22 Februari 1893, Sultan Abu Bakar (Johor) dan Dato’ Abdul Rahman bin Andak (Dato’ Seri Amar DiRaja Johor) melawat ibukota Khilafah Uthmaniyyah dan berjumpa dengan Sultan Abdul Hameed Ke-2 di Turki. Sultan Abu Bakar dan pengiring-pengiringnya dikurniakan bintang-bintang kebesaran Darjah Utama Khilafah Uthmaniyah. Hikayat Johor meriwayatkan: “… hingga pada akhirnya lantaslah Yang Maha Mulia (Sultan Johor) berjumpa dengan Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Khan di Konstantinopel (Istanbul). Maka diterimalah oleh baginda dengan sebaik-baik terimaan serta diraikan dengan secukup-cukupnya kerana amatlah gemar Yang Maha Mulia Sultan Turki itu melihatkan seorang raja sebelah timur begitu baik bawaan dan aturannya pada hal beragama Islam.”

assalamualaikum, lama tak mendengar berita.

Sabtu, 23 Mei 2009

TITLE: Peraduan Jalan-Jalan Cari Kawan!PRIZE:

Kawan.JPG (82.74 KB) Viewed 1013 times DEADLINE: 4 May - 28 June 2009WEBSITE/URL: http://www.kawanfood.com

Kawan TC.JPG (158.57 KB) Viewed 994 times

Sabtu, 16 Mei 2009

Berbohong

Berbohong secara kompulsif

Apabila anak berbohong secara kerap ia adalah petanda awal masalah yang lebih serius.KANAK-KANAK berbohong. Inilah satu kenyataan yang perlu dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa. Tiada arahan atau galakan diperlukan.Berbohong seakan sudah sebati dalam jiwa sesetengah kanak-kanak. Memperbesarkan masalah, memutar-belitkan kebenaran, mereka cerita dan menafikan kenyataan adalah antara yang akan dilakukan sewaktu bercakap bohong.Namun, jika kekerapan seseorang anak berbohong menjadi kompulsif dan tanpa sebab, ibu bapa mungkin perlu 'campur tangan'.Apabila kitaran penipuan bermula, ia akan menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap si anak, sekali gus menyukarkan kitaran tidak sihat ini dihentikan.Oleh sebab itulah, ibu bapa perlu bertindak meneroka sebab anak berbohong dan perlu mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki tabiat buruk itu.Mungkin ramai yang tidak tahu berbohong juga adalah petanda awal kepada masalah yang lebih serius.Berbohong cara kompulsif biasanya dikaitkan dengan penderitaan anak ekoran gangguan masalah sosial pada peringkat awal. Khasnya akibat penyakit Gangguan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan gangguan perilaku.Dalam sesetengah kes, tabiat berbohong secara kompulsif turut disertakan dengan masalah kelakuan yang lain. Ini termasuk mencuri, ponteng sekolah, bersikap ganas, agresif dan kemahiran bersosial yang lemah.Masalah seperti ini biasanya bercambah daripada rasa tidak selesa dalam situasi bersosial, bertindak secara spontan dan tidak menumpukan perhatian.Apabila berlaku situasi seperti ini, penglibatan pakar-pakar kaunseling misalnya, amat penting untuk membantu kanak-kanak ini. Kaunselor-kaunselor dapat menolong melengkapkan ibu bapa dengan gaya mendidik serta pemahaman terhadap anak yang lebih spesifik.Mengapa berbohong?Terdapat beberapa sebab mengapa kanak-kanak bercakap bohong secara kompulsif.TakutPerasaan takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong. Takut dimarahi ibu atau takut kebebasan yang diberikan akan dirampas. Ketakutan yang rasional atau tidak juga boleh memberi kesan pembohongan serupa. Sebab apa yang diimpikan oleh anak hanyalah 'perlindungan' sementara daripada hukuman.Namun, terdapat dua perkara penting di sini. Pertama, anak yang berbohong besar kemungkinannya tahu mereka telah melakukan sesuatu kesalahan. Kedua, ibu bapa perlu menerima pembohongan itu kerana anak sememangnya takut berdepan dengan reaksi mereka.Tidak hairanlah apabila teriakan bertalu-talu, sikap pemarah dan ibu bapa yang terlalu melindungi anak membuatkan mereka ketakutan. Memberi peluang untuk berkompromi dan mendengar sebelum menyalahkan anak membolehkan komunikasi dua hala berlangsung.TabiatKata orang, semakin kerap kita mempraktikkan sesuatu, semakin mudahlah ia bertukar menjadi satu tabiat. Begitu juga dengan bercakap bohong. Pembohongan berulang biasanya diperkukuhkan dengan pendekatan yang agresif. Salah satu kaedah paling efektif untuk menyelesaikan pembohongan berkala adalah memberi peluang kepada anak untuk menarik balik kata-kata bohong itu. Ini harus dilakukan tanpa rasa takut akan akibat yang bakal dihadapinya.MeniruSebahagian besar anak 'terpanggil' untuk berbohong setelah melihat orang lain melakukannya. Dilema yang dihadapi oleh ibu bapa adalah mampukah mereka melindungi anak daripada berbohong. Seandainya sukar untuk ibu bapa mengawal anak daripada meniru pembohongan di luar rumah, maka buangkanlah tabiat berbohong anda terlebih dahulu. Lebih berkesan jika mereka tidak meniru tabiat berbohong di rumah dan menjadikannya tabiat.Perlukah saya menghukum?Terdapat beberapa perkara yang perlu ibu bapa pertimbangkan sebelum menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan anak.1. Hukuman sememangnya direka untuk mengurangkan perilaku yang teruk. Masalahnya, hukuman tanpa kasih sayang dan arahan yang betul adalah sia-sia. Dalam sesetengah situasi, hukuman pula menyumbang kepada tindakan melampau dan penderaan.2. Menghukum anak atas pembohongan yang berobjektifkan ketakutan atau akibat meniru bukan satu kaedah efektif dalam jangka masa panjang. Sebaliknya, mengenal pasti punca masalah adalah lebih praktikal berbanding berdepan dengan simptom-simptomnya.3. Hukuman patut dijadikan pilihan terakhir dan bukan dilakukan mengikut emosi. Penggunaan bahasa dan pendekatan yang lebih lembut biasanya lebih berkesan. Beritahu anak dalam nada rendah seperti, "Tahu tak, mak dan ayah rasa kecewa apabila Atan berbohong?"Yang penting, ketahuilah niat setiap ibu bapa adalah untuk melihat anak bercakap benar. Justeru, gunakanlah pendekatan yang lebih baik agar anak belajar daripada kesilapannya.nnn Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://webhome.idirect.com/~readon/lies.html.

Sabtu, 9 Mei 2009

KESIHATAN

Beauty isn't something on the outside. It's your insides that count! You gotta eat green stuff to make sure you're pretty on the inside.
Takayuki Ikkaku, Arisa Hosaka and Toshihiro Kawabata, Animal Crossing: Wild World, 2005
Exercise relieves stress. Nothing relieves exercise.
Takayuki Ikkaku, Arisa Hosaka and Toshihiro Kawabata, Animal Crossing: Wild World, 2005
I don't want to live in a world where I have to eat sugar-free sugar cookies.
Takayuki Ikkaku, Arisa Hosaka and Toshihiro Kawabata, Animal Crossing: Wild World, 2005
Keeping your body healthy is an expression of gratitude to the whole cosmos - the trees, the clouds, everything.
Thich Nhat Hanh
Health is worth more than learning.
Thomas Jefferson (1743 - 1826), letter to his cousin John Garland Jefferson, June 11, 1790
Eating everything you want is not that much fun. When you live a life with no boundaries, there’s less joy. If you can eat anything you want to, what’s the fun in eating anything you want to?
Tom Hanks (1956 - ), Esquire, June 2006

KESIHATAN

As I see it, every day you do one of two things: build health or produce disease in yourself.
Adelle Davis (1904 - 1974)
Every patient carries her or his own doctor inside.
Albert Schweitzer (1875 - 1965)
Happiness is nothing more than good health and a bad memory.
Albert Schweitzer (1875 - 1965)
Fitness - If it came in a bottle, everybody would have a great body.
Cher (1946 - )
Health is not valued till sickness comes.
Dr. Thomas Fuller (1654 - 1734), Gnomologia, 1732
Be not slow to visit the sick.
Ecclesiastes
Preserving health by too severe a rule is a worrisome malady.
Francois de La Rochefoucauld (1613 - 1680)
It is amazing how much crisper the general experience of life becomes when your body is given a chance to develop a little strength.
Frank Duff, A Coder in Courierland, 03-20-05
What some call health, if purchased by perpetual anxiety about diet, isn't much better than tedious disease.
George Dennison Prentice
Health is not simply the absence of sickness.
Hannah Green
A wise man should consider that health is the greatest of human blessings, and learn how by his own thought to derive benefit from his illnesses.
Hippocrates (460 BC - 377 BC), Regimen in Health
Look to your health; and if you have it, praise God and value it next to conscience; for health is the second blessing that we mortals are capable of, a blessing money can't buy.
Izaak Walton (1593 - 1683)
It's no longer a question of staying healthy. It's a question of finding a sickness you like.
Jackie Mason (1934 - )
If you trust Google more than your doctor then maybe it's time to switch doctors.
Jadelr and Cristina Cordova, Chasing Windmills, 08-21-06
Now there are more overweight people in America than average-weight people. So overweight people are now average. Which means you've met your New Year's resolution.
Jay Leno (1950 - )
You can either hold yourself up to the unrealistic standards of others, or ignore them and concentrate on being happy with yourself as you are.
Jeph Jacques, Questionable Content webcomic, #352, 05-04-05
Be careful about reading health books. You may die of a misprint.
Mark Twain (1835 - 1910)
Getting my lifelong weight struggle under control has come from a process of treating myself as well as I treat others in every way.
Oprah Winfrey (1954 - ), O Magazine, August 2004
A vigorous five-mile walk will do more good for an unhappy but otherwise healthy adult than all the medicine and psychology in the world.
Paul Dudley White
Pain (any pain--emotional, physical, mental) has a message. The information it has about our life can be remarkably specific, but it usually falls into one of two categories: "We would be more alive if we did more of this," and, "Life would be more lovely if we did less of that." Once we get the pain's message, and follow its advice, the pain goes away.
Peter McWilliams, Life 101
The more severe the pain or illness, the more severe will be the necessary changes. These may involve breaking bad habits, or acquiring some new and better ones.
Peter McWilliams, Life 101
Health consists of having the same diseases as one's neighbors.
Quentin Crisp
One of the most sublime experiences we can ever have is to wake up feeling healthy after we have been sick.
Rabbi Harold Kushner
Health nuts are going to feel stupid someday, lying in hospitals dying of nothing.
Redd Foxx (1922 - 1991)
Quit worrying about your health. It'll go away.
Robert Orben
Make your own recovery the first priority in your life.
Robin Norwood
A Hospital is no place to be sick.
Samuel Goldwyn (1882 - 1974)
I already knew to eat clean and listen to my body, to only eat when I was in a calm mental state. Everyone knew. But when you're fat in the head, it's never about knowing the answers. It's about living them.
Stephanie Klein, Moose, 2008
I'd heard it all the time, 'Live in the moment.' But if I did that, I'd weigh more than a dump truck. Losing weight wasn't about the moment at all; it was about having faith in the future. It was about knowing there would be another meal in a few hours.
Stephanie Klein, Moose, 2008
That's the thing about being a former fat camp champ: when asked if I'd change my past if I could, I always answer no. The pain of being an overweight kid, the humiliation, make you think twice before ever cutting anyone else down.
Stephanie Klein, Moose, 2008