Rabu, 28 Januari 2009

PENGLIBATAN KOMUNITI MELAYU BANDAR DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN. KAJIAN KES AKTIVITI PENCEGAHAN JENAYAH
DI BANDAR BUKIT RAJA, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN.


ABSTRAK

Orang Melayu bandar telah banyak mengalami perubahan sikap dan nilai terhadap kerja-kerja kemasyarakatan. Mereka sukar untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukarela. Penglibatan masyarakat secara menyeluruh akan dapat membantu membentuk persekitaran bandar dan perumahan yang selamat, dalam erti kata bebas daripada jenayah. Hal yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti penglibatan masyarakat Melayu bandar dalam aktiviti kemasyarakatan secara sukarela masih mampu dilaksanakan atau sebaliknya. Kajian kes dijalankan di kawasan komuniti Bandar Bukit Raja, Klang Selangor dengan tumpuan khas ke atas aktiviti pencegahan jenayah. Jumlah sampel adalah sebanyak 25 respondan terdiri dari kalangan komuniti Melayu profesional yang tinggal di kawasan perumahan ini. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat pembangunan komuniti di kawasan kajian seperti profail penghuni, pandangan terhadap tahap keselamatan perumahan, pandangan terhadap tahap komuniti, pandangan terhadap tahap berpersatuan, pandangan terhadap tahap kepercayaan antara komuniti dan pandangan komuniti bagi mengurangi jenayah. Melalui kaedah temubual pengkaji juga ingin mendapatkan maklumat tentang sejauh mana penglibatan orang Melayu bandar dalam aktiviti sukarela sepertimana yang masih diamalkan dalam kalangan masyarakat di luar bandar. Kajian juga menjurus kepada sikap orang Melayu tentang jenayah dan sejauh mana pula penglibatan orang Melayu terhadap aktiviti pencegahan jenayah.

Orang Melayu memang amat mementingkan keamanan dan kesejahteraan dalam hidup. Suatu masa dahulu, masyarakat Melayu amat mengambil berat tentang hal-hal kemasyarakatan.. Namun penyertaan komuniti Melayu dalam aktiviti ini amat mendukacitakan kerana tidak aktif, kekurangan program, sokongan komuniti yang tidak menyeluruh dan ketiadaan masa dalam kalangan komuniti disebabkan sering menghabiskan masa dengan urusan pejabat. Hasil kajian mendapati responden bersetuju bahawa penyertaan komuniti di dalam sesebuah kawasan perumahan memainkan peranan yang penting dalam mengawal kegiatan jenayah kerana komuniti merupakan ‘mata dan telinga’ kepada pihak keselamatan.

ABSTRACT

Nowadays, criminal acts have increased which affected the safety and harmony of a community. A tentative method to curb these crime problems is to organize some community programmes for the local community. These communal activities which enable the whole community of an area to participate and communicate which one another will enhance a safe and conducive environment to live. Hence a free from crime town will be established.
A study has been done to evaluate the urban Malays participation rate in community works to fight against crimes voluntary, does this phenomenon work howadays yet to be determinded. It is done among Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor communities with 25 respondents. The respondents are among the professional groups residing at Bandar Bukit Raja. Home surveys were done to get information on residents profiles and their views on some matters such as residence safety, trust among residents and cooperation among residents to fight crimes. The study also analyse the urban Malays attitude towards fighting crimes voluntarily as it has been practiced traditionally in their village. The surveys concluded that although the urban Malays liked to live at a comfortable and free from crime area they had not fight the crime activelys. Lacking of programmes or activities to fight crimes at residence level and lack of cooperation among them were some of the reasons to the bad results. From the home survey the respondents agreed that residents participation is vital to combat crimes at residential area. Residents
Would control crimes as if everybody cooperate they would give informations to the safety committee.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan