Jumaat, 30 Januari 2009

Assalamualaikum,

Meningkatkan kelancaran bacaan 4 orang murid lelaki tahun dua pemulihan khas 2008. Kajian ditumpukan untuk kelancaran membaca 30 patah perkataan(Bahasa Malaysia) berpola kv + kv
(contoh : baju, paku, mata ).

Oleh:
Md Yusop bin Mahmud
Guru Pemulihan Khas
Sek. Keb. Sungai Tengas 09800 Serdang Kedah

yusmaz@yahoo.com
www.uluskum.net/remedial

013-5054765 05-8394481





ABSTRAK

Kajian ini dibuat untuk membantu 4 orang murid lelaki tahun 2 sekolah saya yang sedang belajar di kelas pemulihan khas.Mereka gagal dalam Ujian Pelepasan 3 KIA2M tahun 1 2007 dan gagal dalan ujian saringan BM kelas pemulihan.Berdasarkan ujian saringan bahagian bacaan, pelajar ini didapati sudah mengenal semua huruf dan dapat membatangkan sukukata kv tetapi gagal untuk membaca degan lancar walaupun perkataan yang berpola kv+kv.mereka perlu mengeja dahulu dan mengambil masa yang agak lama untuk membunyikan perkataan yang dieja tadi.Kadang kala mereka membunyikan perkataan yang tidak berkaitan dengan apa yang dieja,contoh: eja ka+ki bunyi kita,eja ba+tu bunyi tuba, eja ba+tu bunyi bata.Hasil dari perhatian saya dalam kajian ini saya dapati pelajar ini lupa apa yang mereka eja iaitu bunyi suku kata awal perkataan,mereka cuma ingat sukukata yang akhir sahaja apabila menyeja sesuatu perkataan.Dalam kajian ini saya sepadukan kaedah konvensional iaitu menggunakan kad-kad perkataan dan gambar dengan kaedah berbantukan komputer dengan menggunakan perisian iaitu e-bacalis yang dibina sendiri, khusus untuk membantu murid ini melancarkan bacaan mereka.Dalam kajian ini saya khususkan untuk membolehkan mereka membaca dengan lancar dan menulis dengan tepat (ejaan) 30 patah perkataan berpola kv+kv (Lampiran A).Saya sertakan CD videoklip bacaan murid yang dirakam sebelum kajian dan selepas kajian dibuat.Videoklip ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar ini sudah boleh membaca dengan lancar 30 perkataan berpola kv+kv yang diberi.


1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu.

Pada minggu kedua, bulan Januari 2008 saya menerima 4 orang murid lelaki tahun dua yang dicalonkan ke kelas pemulihan khas kerana gagal dalam ujian pelepasan tiga KIA2M 2007. Saya juga telah memberi ujian saringan Bahasa Malaysia kelas pemulihan kepada mereka untuk memastikan mereka betul-betul calon yang layak mengikuti program pemulihan khas.

Berdasarkan analisa kertas ujian KIA2M/P3 dan ujian saringan di atas, saya dapati 4 orang murid ini telah mengenal semua huruf kecil dan besar dan boleh membatangkan sukukata asas konsonan + vokal ( kv). Mereka juga sudah boleh membaca perkataan-perkataan berpola KV + KV dengan cara mengeja tetapi tidak lancar dan kadang-kadang tidak tepat. Berdasarkan pengalaman saya, murid-murid begini akan boleh membaca dengan lancar apabila diberi kaedah yang tepat dan masa P&P yang mencukupi.Membaca dan menulis perkataan berpola kv+kv adalah kemahiran asas kelas pemulihan khas.

Adalah menjadi tanggungjawab saya selaku guru pemulihan khas untuk memulihkan murid-murid ini. Saya mengambil keputusan untuk menjadikan masalah mereka ini sebagai fokus kajian tindakan saya.Sekiranya masalah ini tidak diatasi, dikuatiri murid-murid ini akan terus tidak boleh membaca dengan lancar dan ini akan mengganggu proses P&P mereka di kelas induk.


Fokus Kajian

Walaupun murid-murid ini sudah mengenal semua abjad besar dan kecil dan boleh membatangkan sukukata KV, tetapi mereka masih tidak boleh membaca terus perkataan-perkataan yang diberi guru. Apabila perkataan berpola KV+KV diberi,mereka membaca dengan mengeja terlebih dahulu dan mengambil masa yang agak lama untuk membunyikan perkataannya yang kadang kala tidak tepat. Apabila gagal membaca dengan lancar perkataan berpola KV+KV, mereka tidak akan boleh membaca perkataan yang berpola KV+KVK, KVK+KV, KV+KVKK dan seterusnya. Apabila gagal membaca perkataan, mereka juga akan gagal membaca rangkaikata dan seterusnya tidak boleh menguasai kemahiran membaca ayat dan petikan karangan.


Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid ini diharap akan mencapai objektif berikut:

I. Objektif Umum

Meningkatkan kelancaran bacaan 4 orang murid pemulihan khas ini iaitu membaca 30 perkataan berpola kv+kv yang terdapat dalam ujian saringan.

II. Objektif Khusus

a) Meningkatkan kelancaran bacaan bermula dengan perkataan berpola kv+kv.


b) Meningkatkan kelancaran membaca rangkaikata berpola kv+kv.


c) Membolehkan murid-murid ini menulis/ejaan perkataan berpola kv+kv


d) Meningkatkan kelancaran membaca kumpulan ayat yang dibina dari perkataan-perkataan berpola kv+kv.


4. Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 4 orang murid lelaki tahun dua berbangsa Melayu yang sedang mengikuti Program Pemulihan Khas.


5. Tindakan yang dijalankan.

Tinjauan Awal Masalah.

v Berdasarkan analisa keputusan ujian KIA2M pelepasan 3 dan ujian saringan Bahasa Malaysia didapati murid-murid ini telah mengenal semua abjad.


v Mereka boleh membatangkan sukukata kv tetapi perlu mengeja terlebih dahulu dan tidak lancar.


v Apabila mengeja perkataan berpola kv+kv mereka mengambil masa yang agak lama sebelum membunyikan perkataannya dan kadang kala tidak tepat.


Program e-bacalis

Program e-bacalis ialah singkatan daripada perkataan baca dan tulis. e – mewakili elektronik.

Komponen dalam program ini ialah:

1. 5 kad 30 set gambar tanpa perkataan

2. 5 kad 30 set gambar dan perkataan

3. 1 kad 30 perkataan pola kv+kv tanpa gambar

4. 1 kad 30 set gambar seperti kad no.1 yang dikecilkan

5. 90 keping kad-kad perkataan kv+kv (terdiri dari 3 warna
yang berbeza @30)

6. perisian interaktif e-bacalis yang dibina khusus untuk membantu murid-murid ini belajar berbantukan komputer.


Cara Pelaksanaan

1. murid diberi kad gambar, tanpa perkataan dan disuruh menyebut nama-nama gambar tersebut.

2. murid diberi kad gambar berperkataan dan dilatih tubi mengeja perkataan tersebut berperingkat-peringkat sehingga lancar.

3. murid diberi kad 30 perkataan kv+kv tanpa gambar dan dilatih tubi membacanya.

4. murid diberi kad seperti kad no.3 dan disuruh gunting perkataan tersebut satu persatu.

5. murid memadankan perkataan yang digunting dengan gambar-gambar berkenaan di kad no. 1

6. murid memampal perkataan tersebut pada gambar berkenaan pada kad no.1

7. murid menulis perkataan di kad no.4 berdasarkan gambarnya.

8. setelah murid mahir kaedah konvensional ini mereka di ajar bagaimana menggunakan aplikasi interaktif berbantukan komputer. Perisian e-bacalis.(perisian ini telah di upload ke website www.uluskum.net/remedial )murid boleh menjalankan aktiviti ini secara offline atau pun online.

9. dalam perisian e-bacalis disediakan token berbentuk edu-game untuk murid yang telah menunjukkan prestasi yang baik sebagai galakan dan dorongan supaya tekun belajar. Mereka boleh bermain dalam pengawasan/seliaan guru.

10. guru memerhati dan menilai prestasi murid semasa mereka menjalankan aktiviti-aktiviti di atas.


Refleksi Kajian

Kesemua 4 orang pelajar sampel kajian ini telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Mereka telah dapat mambaca 30 perkataan berpola kv+kv dengan lancar dan dapat menulis/ejaan dengan tepat.
Disertakan CD videoklip menunjukan tahap kelancaran bacaan mereka sebelum dan selepas kajian ini dibuat.
Dalam aktiviti berbantukan komputer,mereka menunjukan minat yang tinggi untuk belajar dan sentiasa bersedia untuk meneruskan sesi P&P seterusnya apabila sesi P&P semasa tamat.
Pengkaji dapat merumuskan bahawa sesuatu kemahiran hendaklah melibatkan 5 elemen penting untuk meningkatkan prestasi pelajar semasa P&P berjalan.

5 elemen tersebut ialah:

a) Membuat kerja bertulis yang dirancang dengan baik dan membetulkan kesalahan murid semasa mereka membuat kerja bertulis tersebut.

b) Melibatkan pergerakan murid yang terkawal kerana pergerakan memberi kesan yang baik dalam pengaliran oksijan ke otak. Otak yang menerima oksijan yang cukup memberi kecerdasan dan prestasi ingatan yang baik.

c) Aktiviti hand-on dan mind-on. Contohnya seperti suaian kad perkataan/gambar, padanan kad perkataan/perkataan,suaian kad-kad sukukata/cantuman membina perkataan.

d) Kolaboratif antara murid hendaklah diberi penekanan kerana kerjasama antara mereka memberi ruang belajar yang sama kepada murid-murid yang lemah dengan murid yang lebih maju

e) Mempelbagaikan medium bahan bantu mengajar.Menggunakan kaedah konvensional dan bahan-bahan tersebut di aplikasikan dengan perisian komputer yang dibina sendiri bersesuaian dengan kemahiran yang diajar.contoh dalam kajian ini ialah perisian kursus e-bacalis.


8. Cadangan Kajian Seterusnya


Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut.
a. menggunakan perisian e-bacalis untuk mengajar kemahiran bacaan perkataan berpola kv+kvk yang diolah semula bersesuaian dengan kemahiran tersebut.
b. Menghasilkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan 5 elemen penting(seperti catatan di atas) dalam setiap kemahiran yang diajar.
c. Melibatkan murid sendiri dalam menghasilkan bahan-bahan P&P.


9. Bibliografi

1. nota-nota hasil bengkel 1/2008 Kajian Tindakan bagi guru-guru pendidikan khas anjuran Jabatan Pendidikan Khas pada 5-8 Mei 2008 bertempat di Puteri Resort Ayer Keroh Melaka.


10. Lampiran.

a) senarai 30 perkataan berpola kv+kv.
b) perkataan bergambar(kvkv).
c) perkataan tanpa gambar(kvkv).
d) CD contoh aktiviti 5 elemen penting dalam P&P.
e) CD rakaman bacaan murid sebelum dan selepas kajian dijalankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan