Selasa, 27 Januari 2009

Salam Pengenalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Di era globalisasi dan penggunaan teknologi yang canggih ini, rugi rasanya kalau saya tidak mengambil peluang dan kesempatan yang ada untuk turut sama melibatkan diri dalam arus komunikasi secara terbuka yang secara tidak langsung boleh mengeratkan hubungan sesama rakan, saudara, dan sesama manusia seantero dunia. Penglibatan kita semua dalam era komunikasi secara moden dan canggih ini amat perlu di pelopori dan peluang sebegini tidak harus kita persiakan begitu sahaja. Marilah kita berkongsi pengalaman dalam bidang masing-masing agar dapat kita pertingkatkan dan menambahbaikkan lagi ilmu yang kita ada secara bersama semaksima yang mungkin. Dalam perkongsian ilmu itu kita tidak boleh keseorangan, kerana ibarat sebiji kek yang beratnya dua kilogram tidak boleh kita habiskan seorang diri, maka kita perlu potong kek itu untuk dikongsi bersama dan semua orang akan sama-sama dapat merasakan kek tersebut. Begitu juga ilmu yang sedikit yang kita ada harus kita kongsi bersama dan perlu ada peningkatan dari semasa ke semasa. Hasil dari perkongsian ilmu itu kita akan menikmati kebaikannya pada suatu hari nanti. Sesungguhnya mewarwarkan ilmu itu untuk kebaikan akan memberi kesan yang sebaiknya dan sesungguhnya kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan jua.
Antara bidang ilmu yang boleh dikongsi bersama seperti dunia peraduan di Malaysia, ilmu pendidikan khas, ilmu pendidikan pemulihan, Pengajian Melayu, Sosio-Budaya Melayu, Bahasa Melayu untuk UPSR, PMR, SPM dan STPM. Malah kursus Pengajian Melayu , Bahasa Melayu, linguistik Melayu peringkat universiti juga boleh dikongsi bersama untuk kebaikan bersama. Gabungan idea yang pelbagai boleh memurnikan lagi skop atau bidang yang saya nyatakan tadi.
Semoga pengenalan ini akan dapat mengumpulkan pelbagai idea yang bernas, berkongsi pelbagai bidang yang kita ada kemahiran dan silaturrahim sesama insan demi untuk kebaikan diri sendiri dan juga seluruh insan yang menghargainya.
Sekian terima kasih dan assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan