Rabu, 28 Januari 2009

Karangan Melengkapkan Cerita

Semasa menunggu bas di hadapan sekolah, aku ternampak seorang pemuda yang menunggang motosikal telah meragut beg tangan seorang wanita. Aku…

Mulakan cerita kamu dengan Aku…
-------------------------------------------------------------------------------------------

Aku terus mengejar lelaki tersebut sambil menjerit meminta tolong. Jeritanku itu telah memeranjatkan ibu bapa yang sedang mengambil anak mereka. Tiga orang lelaki telah mengejar peragut itu untuk menangkapnya.

Apabila aku melihat peragut itu telah dikejar, aku terus ke pondok telefon yang terletak berhampiran sekolah. Aku menelefon pihak polis dan melaporkan kejadian tersebut. Selepas itu, aku pergi berjumpa wanita yang diragut kerana dia sedang menangis.

Tidak lama kemudian, peragut tersebut telah berjaya ditangkap oleh orang ramai. Tangannya telah diikat dengan tali sementara menunggu pihak polis tiba. Apabila anggota polis tiba, peragut tersebut telah diserah kepada pihak polis.

Wanita yang diragut itu tidak bersedih lagi kerana beg tangannya telah ditemui semula. Pihak polis dan wanita itu telah mengucapkan terima kasih kepadaku kerana telah bertindak pantas mendapatkan bantuan.

Selepas itu, pihak polis telah membawa peragut tersebut menaiki kereta polis untuk dibawa ke balai polis. Semasa dalam bas, aku tersenyum kerana telah membantu pihak polis menangkap penjenayah.

Apabila sampai di rumah, aku telah menceritakan kejadian tersebut kepada ibu bapaku. Mereka berasa bangga kerana aku telah membantu orang yang berada dalam kesusahan.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan