Karangan Catatan
Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Pelbagai acara telah diadakan.
Tuliskan catatan sambutan Hari Guru tersebut.
Isnin, 16 Mei 2007
7.30 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah. Kemudian kami menyanyikan
lagu “Negaraku” dan lagu sekolah. Selepas itu kami mendengar ucapan daripada
ketua murid dan Guru Besar.
8.00 pagi
Murid-murid menghiburkan guru-guru dengan pelbagai persembahan. Antaranya
ialah persembahan tarian, dikir barat, lakonan dan lain-lain. Semua guru dan
murid terhibur menyaksikan persembahan.
9.00 pagi
Murid-murid memberikan kad ucapan, bunga dan hadiah kepada guru
masing-masing sebagai tanda terima kasih dan menghargai jasa mereka.
Guru-guru sungguh gembira semasa murid-murid bersalaman dengan mereka
sambil mengucapkan selamat Hari Guru.
9.30 pagi
Acara sukaneka diadakan di padang sekolah diantara pasukan guru dan pasukan murid.
Guru-guru dan murid-murid bersorak dengan penuh bersemangat menyokong
pasukan masing-masing.
11.30 pagi
Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pasukan yang telah memenangi acara
sukaneka. Acara sukaneka telah merapatkan lagi perhubungan diantara guru-guru dan
murid-murid.
12.00 tengah hari
Sebelum bersurai semua guru dan murid bergotong –royong mengemaskan dewan
dan padang sekolah. Sambutan Hari Guru telah memberi semangat kepada kami
untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.

Karangan anda hebat, tetapi perlu ditekan nengenai tatabahasa.
BalasPadamkarangan anda hebat , tetapi perlu format and tatabahasa ..
BalasPadam