Jumaat, 10 April 2009

Hadiah bernilai RM50,000 sempena Hari Ibu

Hadiah-hadiah bernilai hampir RM50,000 menanti pemenang bertuah peraduan Tanda Kasih Buat Ibu yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia melalui sisipan MEGA.Peraduan ini diadakan bagi memberi penghargaan untuk insan yang bergelar ibu dan sempena Hari Ibu yang disambut pada 10 Mei nanti.Penyertaannya cukup mudah, peserta perlu mengarang ucapan kasih paling indah buat ibu tersayang, tidak lebih daripada 15 patah perkataan.

Hadiah-hadiah juga cukup menarik dan bukan sahaja ibu bertuah sahaja menerima hadiah tetapi penulis ucapannya turut mendapat hadiah yang sama.Dua hadiah utama akan menerima hadiah berupa barang kemas TOMEI bernilai RM7,000 setiap satu, pakej pelancongan untuk dua orang ke Kota Kinabalu, Sabah, produk Clinique bernilai RM2,000 dan hamper Daisy.Pakej pelancongan termasuk tiket penerbangan, penginapan dan makan minum untuk tiga hari dua malam.Dua hadiah kedua berupa barang kemas TOMEI bernilai RM4,000 setiap satu, pakej pelancongan untuk dua orang ke Kuching, Sarawak, produk Clinique bernilai RM1,500 dan hamper Daisy.Dua hadiah ketiga berupa barang kemas TOMEI bernilai RM2,000 setiap satu, pakej pelancongan untuk dua orang ke Langkawi, Kedah, produk Clinique bernilai RM1,000 dan hamper produk Daisy.15 hadiah sagu hati berupa baucar barang kemas dan produk Clinique bernilai RM100 setiap satu dan hamper Daisy.Sebanyak empat penaja utama yang menaja Tanda Kasih Buat Ibu iaitu TOMEI, POTO Travel & Tours Sdn. Bhd., Clinique dan Daisy yang berlangsung sehingga 15 Mei 2009.

Baru-baru ini, Majlis Penyerahan Tajaan Peraduan Tanda Kasih Buat Ibu telah diadakan di Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Wakil-wakil dari TOMEI, Poto Travel & Tours dan Daisy telah hadir. Semua penajaan diterima oleh Pengarah Meja Wanita dan Keluarga, Siti Zaleha Jorimai.Menurut Pengurus Kanan Promosi dan Iklan TOMEI, Christine Lim Foong Chan, melalui peraduan ini, TOMEI berharap lebih banyak penghargaan dan penghormatan dapat disalurkan kepada kaum ibu."Bagi kami di TOMEI, penghargaan seperti ini penting bagi mewujudkan generasi bermoral tinggi dan pandai menghormati warga tua."Peraduan Tanda Kasih Buat Ibu melahirkan rasa kasih sayang tulus ikhlas daripada anak-anak buat ibu mereka, inilah masa terbaik untuk membuktikan kasih sayang tersebut,'' katanya.Sementara itu, Ketua Unit Pelepasan Luar Negara POTO Travel & Tours Sdn Bhd., Aishamruddin Mohd. Ali memberitahu, kebanyakan pelanggan kami adalah terdiri dari kaum ibu. Malah kaum ibu juga merupakan pembaca Utusan Malaysia yang setia."Dalam kajian yang kami lakukan di POTO, 99 peratus kaum ibu memang gemar melancong, justeru kami amat berbesar hati untuk memberi hadiah kepada ibu dan juga anak yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga dalam Peraduan Tanda Kasih Buat Ibu ini," katanya.Pengurus Kanan Produk, Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Alex Poon berkata, kaum ibu dan wanita memanglah wajar dihargai. Golongan inilah juga yang menjadi penyumbang utama dalam peningkatan jualan produk Daisy keluaran Lam Soon."Justeru bagi membalas jasa mereka ini, kami di Lam Soon rasa terpanggil untuk menaja hadiah bagi menggembirakan individu yang bergelar ibu,'' ujarnya.Untuk menyertainya, peserta perlu menghantar ucapan dan sekurang-kurangnya 20 kepala akhbar terkini (mast-head) Utusan dengan menggunakan borang asal yang boleh didapati dalam ruangan MEGA.

Rabu, 8 April 2009

Kemanisan Berbuka Sentiasa Dirasa, Kemesraan Raya Dijalin Bersama

Kemanisan Berbuka Sentiasa Dirasa, Kemesraan Raya Dijalin Bersama

count character and count word

Here you go, some simple tools to help with any contest that require some length restriction of number in characters or words.
If you like it don't forget to bookmark or save in your favorites because the URL is quite long..
1) Contest Tool - Count Word
2) Contest Tool - Count Character
Function
Calculate and display the number of characters/words within a TEXTAREA with this tool.Useful, for example, in helping you to check your slogan/tagline does not exceed contest rules.How to count characters/words?Simply type your characters/words or cut and paste it in the text area.Once completed, just hit 'Calculate Character/Words' button and you will see the result of total characters/words appear next to the button.