Selasa, 23 Jun 2009

Sejarah yang disembunyikan

Pelabuhan-pelabuhan di Kepulauan Melayu atau Nusantara yang sibuk dalam Kurun Masehi 7 ialah tempat-tempat seperti Palembang, Melayu (Jambi), Lamuri (Acheh), Pasai, Perlak, Barus di Sumatera; Taruma , Kediri , Mataram dan Singgora di Jawa; Pulau Nicobar dan Andaman, Trang, Takuapa dan Patani, Langkasuka, Senggora, Legor (Jakut), Phatalung dan Kalah (Kedah) di utara Semenanjung. Inilah diantara pelabuhan-pelabuhan di Kepulauan Melayu dalam KM 7. Pada tahun 30 Hijriyah atau 651 masehi, Khalifah Usman bin Affan mengirim delegasi ke Cina. delegasi tersebut bertugas memperkenalkan agama islam. Waktu itu hanya berselang sekitar 20 tahun dari wafatnya Rasulullah SAW. dalam perjalanan laut yang memakan waktu empat tahun ini, para utusan usman ternyata sempat singgah di Kepulauan Nusantara. Beberapa tahun kemudian, tepatnya tahun 674 Masehi, Dinasti Umayyah telah mendirikan pangkalan dagang di pantai barat sumatra Orang Melayu yang sibuk bersama saudagar-saudagar Arab menarik perhatian Khalifah Umar bin Abdul Aziz (717 - 720) di Damsyik dan menimbulkan hasrat baginda mengutus surat ke Srivijaya supaya rajanya memeluk Islam. Pada 718 Masihi, Raja Srindra Warman memeluk Islam di Jambi. Pada tahun 126 Masihi pula, Raja Jay Sima iaitu putera kepada Ratu Sima, Raja Kalingga Jawa Timur turut memeluk agama Islam. Orang-orang Arab yang berkampung halaman di Pantai Barat Sumatera sejak 674 turut memainkan peranan mereka. Kesultanan Perlak,kerajaan Islam pertama di nusantara 840 hingga 1292 Masehi Di bawah ini merupakan nama-nama sultan yang memerintah kerajaan perlak ; - Sultan Alaiddin Sayid Maulana Abdul Azis Syah (840 – 864 - Sultan Alaiddin Sayid Maulana Abdul Rahim Syah (864 – 888) - Sultan Alaiddin Sayid Maulana Abbas Syah (888 – 913) - Sultan Alaiddin Sayid Maulana Ali Mughat Syah (915 – 918) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdul Kadir (928 – 932) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin (932 – 956) - Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Malik (956 – 983) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik Ibrahim (986 – 1023) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik Mahmud (1023 – 1059) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik mansur (1059 – 1078) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdullah (1078 – 1109) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik Ahmad (1109 – 1135) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik mahmud (1135 – 1160) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad (1173 – 1200) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdul Jalil (1200 – 1230) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin (1230 – 1267) - Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdul Aziz (1267 – 1292) Sejarawan dari Indonesia menarik perhatian bahawa ada seorang Sultan di Semenanjung Melaka, maksudnya Semenanjung Malaysia, bernama Sultan Muhammad Syah sezaman dengan Sultan Perlak yang bernama Sultan Makhdum Alauddin Malik Muhammad Amin Syah Johan Berdaulat (1225 - 1263). Sultan Muhammad Syah telah berkahwin dengan puteri Sultan Perlak ini yang bernama Puteri Ratna Mala; dan adik puteri ini telah berkahwin dengan Sultan Malik us-Salih Samudera-Pasai (1262 - 1289). Sejarawan di Indonesia berpendapat Sultan Muhammad Syah telah memainkan peranan besar membangunkan Islam di Semenanjung Melaka. Dalam pengetahuan kita, negeri Islam yang wujud di Semenanjung Melaka atau di Malaysia masa itu hanya Kedah. Sultan Kedah pada masa itu ialah Sultan yang ketiga: Sultan Muhammad Syah (1201 - 1236) ibni Sultan Muazzam Syah ibni Sultan Muzaffar Syah. Kemungkinan Sultan Muzaffar Syah Kedah yang berkahwin dengan Puteri Ratna Gemala amat besar. Negeri Kedah pada zaman ini lebih luas kawasannya dari Kedah sekarang. Sempadan Kedah di selatannya ialah "di hujung Melaka dan Beruas". Hubungan Kedah dengan Perlak dan Samudera-Pasai amat rapat. Dalam bulan September 1982, orang bertemu sebutir bejana tembikar penuh duit syiling perak di Pulau Langkawi. Setiap kepingnya bertulis "Muhammad Syah" dan di sebelah lagi bertulis "al-Sultan al-Qadah". Duit itu ialah duit Kedah sebelum 1236, duit zaman Sultan Mahmud Syah.
Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1303

Tiada ulasan:

Catat Ulasan