Khamis, 19 Februari 2009

sindiket penipuan sms

SINDIKET penipuan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) semakin menjadi-jadi!Mangsa sindiket ini meliputi pelbagai golongan yang terpedaya kononnya mereka menjadi pemilik kad SIM (Modul Pengenalan Pelanggan) telefon bimbit yang bertuah memenangi hadiah wang tunai sehingga RM50,000.Sindiket ini membuat tawaran hadiah palsu dengan mendakwa kononnya ia daripada syarikat besar tertentu seperti Petronas, Shell, Astro, Maybank, PowerRoot, Maxis, Celcom dan DiGi.Bagaimanapun, semua SMS palsu itu sebenarnya tiada kaitan dengan syarikat terbabit. Malah dari semasa ke semasa syarikat tersebut membuat penafian mengenai penglibatan mereka.Mangsa yang disyaratkan membayar caj pemerosesan sehingga RM10,000, hanya menyedari tertipu selepas hadiah wang tunai yang dijanjikan tidak dimasukkan ke akaun mereka.Siasatan pihak berkuasa mendapati hampir kesemua ahli sindiket ini adalah warga asing, kebanyakannya dari Indonesia.Ketika baru 10 hari melangkah tahun 2009, 15 anggota sindiket SMS hadiah palsu yang beroperasi di Indonesia ditahan polis Sabah.Menerusi laporan khas ini, wartawan WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS mendedahkan mengenai modus operandi sindiket ini dan bagaimana mangsa-mangsa tertipu kerana kesilapan sendiri, bukannya penglibatan orang dalam institusi perbankan.____________________________________________________________________________________________________________________________________KUALA LUMPUR 3 Feb. – Teruja untuk mendapat sejumlah wang yang banyak secara mudah, ramai terpedaya dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mereka memenangi hadiah wang tunai.Akibatnya lebih 1,500 orang kerugian dengan nilai keseluruhan lebih RM11 juta sepanjang 2007 dan 2008.Kandungan setiap SMS itu kononnya mereka memenangi hadiah wang tunai RM10,000 hingga RM50,000 daripada syarikat tertentu.Sebahagian besar pemilik telefon bimbit pasti pernah menerima SMS dengan kandungan ayat yang hampir sama.Cuma sindiket itu akan menggunakan nama syarikat yang berlainan bagi setiap SMS kepada penerima-penerima berbeza.Ada juga SMS menyatakan bahawa penerima terpilih sebagai pelajar Akademi Fantasia (AF) atau SMS memenangi hadiah cabutan bertuah RM10,000 atau RM15,000 daripada Astro selaku penganjur AF.Persamaan semua SMS itu ialah selepas ‘pemenang hadiah’ menelefon 12 atau 13 digit nombor yang diberi, mereka akan diminta memasukkan wang sehingga RM10,000 ke dalam akaun bank sebagai caj pemerosesan.Ramai mangsa hanya menyedari tertipu selepas memasukkan wang itu ke nombor akaun yang diberi oleh anggota sindiket berkenaan sedangkan hadiah dijanjikan tidak dimasukkan ke akaun bank mereka.Ada juga yang memasukkan ‘wang pemerosesan’ itu ke dalam akaun sendiri sehingga tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah menyedari wang mereka di bank telah ‘dikebas’ oleh sindiket itu.Walaupun wang dimasukkan ke akaun sendiri namun dalam sedar atau tanpa sedar mereka telah memberi beberapa maklumat rahsia kepada ahli sindiket tersebut.Ini membolehkan sindiket itu sewenang-wenangnya menceroboh akaun mereka termasuk memindahkan bukan saja ‘wang pemerosesan’ itu malah keseluruhan baki wang di bank.Antara maklumat rahsia tetapi diberikan oleh mangsa kepada sindiket itu ialah nombor akaun bank dan nombor kad ATM (mesin pengeluaran wang automatik).Satu lagi ialah, mangsa yang ‘kurang pengetahuan’ akur mengikut arahan sindiket menggunakan mesin ATM bagi mendaftarkan nombor pengenalan peribadi (PIN) untuk daftar masuk (login) ke perkhidmatan perbankan online.Dalam keadaan biasa, nombor PIN untuk perkhidmatan online yang didaftarkan di mesin ATM itu adalah rahsia dan atas pilihan sendiri.Tetapi dalam kes penipuan ini, mangsa diberikan enam digit nombor oleh sindiket itu untuk didaftarkan sebagai nombor PIN akses ke perkhidmatan perbankan online.Dengan maklumat-maklumat rahsia tersebut, sudah cukup untuk sindiket tersebut mengaktifkan perkhidmatan online akaun bank mangsa.Pada masa yang sama, ketika menceroboh akaun mangsa, dengan maklumat rahsia itu sindiket mempunyai ‘kuasa penuh’ terhadap akaun tersebut termasuk memindahkan keseluruhan baki wang di dalamnya.Dengan modus operandi yang dinyatakan di atas, boleh dibuat kesimpulan ia tiada unsur-unsur penglibatan orang dalam di pihak bank untuk mengeluarkan wang daripada akaun mangsa.Sebaliknya, hampir semua mangsa tertipu disebabkan kecuaian sendiri. Ekoran terlalu gembira ‘mendapat hadiah wang tunai’ bernilai puluhan ribu ringgit, mereka sanggup memberitahu maklumat rahsia tentang akaun bank kepada orang lain.Sepanjang 2007 dan 2008, seramai 1,510 orang membuat laporan polis mengadu ditipu sindiket SMS tawaran hadiah palsu itu dengan nilai kerugian sepanjang dua tahun itu ialah RM11.1 juta.Itu hanya kes-kes yang dilaporkan. Sedangkan dipercayai ramai lagi mangsa tidak membuat laporan polis dan mendiamkan diri selepas nyaris tertipu.Dalam tempoh kedua-dua tahun itu juga, statistik aduan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) mendedahkan 2,957 orang telah menjadi mangsa penipuan SMS dan tawaran hadiah daripada peraduan-peraduan.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Koh Hong Sun memberitahu Utusan Malaysia, 569 kes penipuan SMS hadiah palsu dilaporkan pada 2008 manakala 941 lagi kes dilaporkan pada 2007.Menurutnya, nilai kerugian pada 2008 ialah RM1.6 juta manakala pada tahun sebelumnya berjumlah RM9.5 juta.Beliau berkata, sepanjang 2008, seramai 40 orang ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan melalui penghantaran SMS hadiah palsu itu.“Tiga orang daripada mereka telah dijatuhkan hukuman di mahkamah,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Aman di sini baru-baru ini.Menurut Hong Sun, sindiket itu tiada sasaran mangsa yang khusus sebaliknya menghantar ribuan SMS secara rambang kepada pemilik telefon bimbit di negara ini.Beliau mengesahkan, hampir kesemua pengirim SMS itu atau sindiket berkenaan menggunakan nombor telefon berdaftar di luar negara.“Polis dengan kerjasama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak putus-putus menganjurkan kempen kesedaran bagi membendung sindiket penipuan tersebut.“Selain itu, polis turut menganjurkan hari bertemu pelanggan dan sesi dialog bersama komuniti setempat bagi meningkatkan kesedaran mengenai penipuan sindiket itu,” katanya.Bagi Hong Sun, orang ramai perlu bertindak sendiri menghentikan kegiatan sindiket ini. Caranya – padamkan SMS yang seumpamanya atau terus melaporkannya kepada polis!Woooo ..............Hmm..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan