Khamis, 26 Februari 2009

KUIZ 2

KUIZ 2

Soalan Kuiz

1. Selain pernah digelar 'Gangganu' oleh orang-orang Siam pada suatu ketika dulu, Johor juga turut dikenali sebagai?
A. Tanah Subur
B. Hujung Tanah
C. Asal Tanah
D. Permulaan Tanah

2. Baju tradisional Johor ini mula diperkenalkan di Singapura dan kemudian tersebar luas pada abad ke-19. Penyataan ini merujuk kepada:
A. Baju Melayu Cekak Musang
B. Baju Kebaya Panjang
C. Baju Riau
D. Baju Teluk Belanga

3. Projek pembangunan ekonomi di selatan Johor yang dipanggil Wilayah Pembangunan Iskandar meliputi kawasan seluas 2,217 km persegi dan terdiri daripada lima zon ekonomi seperti berikut KECUALI:
A. Pembangunan Pintu Timur
B. Pusat Bandar Johor Bahru
C. Nusajaya
D. Pembangunan Pintu Selatan

4. Berikut merupakan matlamat utama penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia(MSAM) pada setiap 20 April KECUALI:
A. Memberi pendidikan dan pemahaman kepada masyarakat umum mengenai industri saham amanah serta badan-badan kawal selia yang terlibat dalam industri ini
B. Memberi peluang kepada masyarakat umum untuk mengenali pengurusan, aktiviti dan latar belakang syarikat-syarikat pelaburan PNB
C. Meningkatkan daya saing antara pengurus dana serta meningkatkan jualan saham amanah
D. Memberi kesempatan kepada masyarakat umum untuk mengetahui dengan lebih mendalam produk-produk saham amanah kendalian PNB

5. Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009 yang bakal berlangsung di Johor Bahru akan diadakan di:
A. Dataran Bandaraya Johor Bahru
B. Danga Bay
C. Persada Johor
D. Padang B, Plaza Angsana

6. Antara berikut, tabung unit amanah ASNB yang manakah menawarkan pelaburan menerusi Skim Pelaburan Ahli KWSP?
A. Semua unit amanah ASNB
B. Skim ASB dan Sekim ASN
C. ASW 2020, ASD,ASN2, ASN3 dan ASG
D. ASM dan Skim ASB

7. Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mempunyai lebih 1,500 ejen di seluruh negara. Ejen-ejen ASNB ialah:
A. CIMB Bank Berhad, Malayan Banking Berhad, RHB Bank Berhad, AmBank Malaysia Berhad
B. Public Bank Berhad,CIMB Bank Berhad, Malayan Banking Berhad
C. Pos Malaysia Berhad, CIMB Bank Berhad, Malayan Banking Berhad, RHB Bank Berhad
D. Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank Berhad, RHB Bank Berhad, Malayan Banking Berhad

8. Prospektus merupakan dokumen yang perlu dirujuk oleh para pelabur sebelum membuat sebarang keputusan untuk melabur di unit amanah. Apakah di antara maklumat yang terkandung di dalam prospektus?
A. Matlamat dana,strategi pelaburan dan polisi serta kedudukan ganjaran dan risiko yang diambil
B. Penyata kewangan yang mengandungi laporan tahunan dan interim
C. Maklumat mengenai keadaan pasaran saham semasa
D. Maklumat mengenai harga semasa pasaran saham

9. Antara berikut, kenyataan yang manakah BENAR mengenai tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB?
A. Skim Amanah Saham Bumiputera (Skim ASB) adalah tabung unit amanah pertama yang diuruskan oleh ASNB
B. Amanah Saham Gemilang (ASG) adalah tabung unit amanah berharga tetap
C. Tahun kewangan bagi Amanah Saham Malaysia (ASM) berakhir pada 31 Mac
D. Pelabur tidak boleh menggunakan simpanan KWSP untuk melabur di dalam Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3)

10. Sehingga 31 Disember 2008, kedudukan pelaburan Encik Suhaimi dalam unit amanah XYZ adalah seperti berikut:

Jumlah Kos Pelaburan (RM) 25,155.98
Jumlah Pegangan (Unit) 43,783.52
Kos Pegangan Seunit (RM) 0.5406
Nilai Aset Bersih/ NAB (RM) 0.7214

Berdasarkan maklumat di atas, berapakah nilai pelaburan semasa (RM) Encik Suhaimi pada 31 Disember 2008?
A. 18,147.52
B. 31,585.43
C. 23,669.37
D. 13,599.32

Tiada ulasan:

Catat Ulasan