Rabu, 28 Januari 2009

Karangan Fakta

Keceriaan kelas sangat penting kepada murid sekolah.
Tulis karangan tentang cara-cara menceriakan kelas.

________________________________________________________________________

Menjaga keceriaan kelas adalah menjadi tanggungjawab semua murid. Pelbagai cara dapat kita lakukan untuk menjaga kebersihan kelas.

Antara cara untuk kita menceriakan kelas adalah kita mestilah membuang sampah sarap ke dalam bakul sampah. Jika tidak sampah sarap akan bertaburan di atas lantai dan menyebabkan murid-murid tidak selesa untuk belajar.

Seterusnya, meja dan kerusi hendaklah disusun dengan teratur mengikut tempat asalnya. Jika tidak disusun kelas akan menjadi tidak kemas. Ini menyukarkan murid-murid dan guru untuk bergerak.

Selain itu, tingkap kelas juga perlu dibersihkan setiap hari dengan menggunakan kain atau penggosok habuk. Kelas akan kelihatan ceria dan menarik jika tingkap sentiasa bersih.

Di samping itu, kita harus menampal hasil kerja murid-murid yang kemas dan cantik terutamanya lukisan di papan kenyatan kelas. Bahan-bahan ini menambahkan lagi keceriaan kelas.

Oleh itu, jagalah kebersihan dan keceriaan kelas supaya murid-murid boleh belajar dengan lebih selesa. Rakyat sihat, negara gemilang.

23 ulasan:

  1. karangan yang ringkas tapi memang terbaik!!

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Takda peribahasa ke ๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜ˆ๐Ÿ˜ˆ๐Ÿ˜ˆ๐Ÿ˜ˆ

    BalasPadam
  4. Despacito,quaretuvilla despacito, deja que ti diga aloido

    BalasPadam
  5. Aslm, karangan ni ringkas tetapi good๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž

    BalasPadam
  6. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    BalasPadam
  7. boleh tak kalau buat karangan berita tentang pertandingan kelas ceria di sebuah sekolah

    BalasPadam
  8. Karangan mudah untuk difahami tadi saya baca kata ada orang yang marah(•ฯ‰•)

    BalasPadam